Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, hari ini genap 30 tahun umur hamba Allah yang bernama Wan Rokiah Binti Wan Ismail. Ini nama penuh wawa, ramai yang tertanya-tanya macam mana boleh panggil wawa. Asalnya masa kecil wawa tak pandai nak sebut nama wan tu jadi wawa. Bila masuk sekolah rendah semua pelik panggil wawa, jadi dieorang pun panggil macam2. Mok yah la, kie la, yoh la, wan la, rockey la, semua ada. Panggil la apa saja, asalkan maksudnya baik-baik kan. hihi
Sebenarnya wawa nak hadiahkan diri sendiri dengan hafal surah Al-Mulk, tapi ingat sampai 10 ayat ja. Selebihnya, kadang-kadang tertukar. hehe.
Setiap kali ulang tahun kelahiran, wawa memang tak pernah sambut. Ucapan tu biasa la, selepas kahwin pun sama tiada majlis keraian atau makan-makan special, sebab selalu je setiap kali hari birthday wawa, suami kerja luar. Sama juga tahun ini, suami wawa kerja kat Manjung Perak, wawa pula di Paka Terengganu. Jadi, hanya ucapan saja yang wawa dapat.
Paling best hari ini 25 May 2016, wawa berkongsi hari lahir dengan adik no 9 dan anak buah. 3 orang sekaligus.
Semoga Allah berkati dan rahmati wawa, adik dan anak buah serta keluarga. Mohon sahabat-sahabat doakan wawa kebaikan, kebahagiaan, kekayaan, kejayaan dunia akhirat.
Love Wawa.
1 Comments
Selamat hari lahir puan Wawa..
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊