Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar kalian? Wawa doakan kalian sentiasa sihat walafiat dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dimudahkan segala urusan.

Air sangat penting untuk kesihatan badan kita. Tahukah kalian, setiap hari badan kita perlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air. Adakah ianya cukup dengan keadaan cuaca hari ini? Kekurangan air boleh menyebabkan badan kita dehydrated, cepat rasa dahaga. 

Nak tahu tak macam mana kita nak tahu badan kita perlukan berapa liter satu hari? Mudah saja caranya.

Badan kita perlukan 1 liter air bersamaan 25kg berat badan.

25kg = 1 liter air
50kg = 2 liter air

Cara minum air yang betul.


Ada juga sesetengah dari kita lebih kurang gemar minum air masak kerana tak nak berulang ke tandas. Alasan yang kurang logik bagi wawa sebab kekurangan air dalam badan boleh memberi kesan yang kurang baik pada kesihatan.

Seperti kulit kering, ulser, keletihan, cepat mengantuk, toksin berkumpul dalam badan, proses pencernaan yang kurang baik, sembelit dan sebagainya. 

Inginkah kita membiarkan badan tanpa air hanya kerana malas ke toilet? fikir-fikir kan. 

Kesihatan adalah mahkota bagi orang sakit.