Assalamualaikum wbt,
Hai semua, apa khabar? Alhamdulillah, semuanya sihat-sihat dan ceria. Wawa doakan kalian sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah serta dipermudahkan segala urusan.
Oh ya, semalam wawa ada kongsikan fakta nutrisi yang terkandung dalam buah delima. Hari ni wawa sambung pula dengan khasiat buah delima dari sudut kecantikan. Wawa tahu, semua sukakan wajah yang cantik serta alhlak yang cantik kan.") Jom baca sampai habis..")
Khasiat Dari Sudut Kecantikan

Pengembalikan Sel. Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.
Minyak dalam biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ha ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.
Melindungi Daripada Cahaya Matahari. Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari. Tambahan lagi, ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang boleb menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima mempunyai anti oksida yang boleh membantut perbentukan tumor dan barah kulit.
Lambatkan Proses Penuaan. Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
Mengekalkan Awet Muda. Buah delima mempunyai kandungan yang boleb melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.
Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisam kulit dan memberikan kelembapan tambahan.
Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.
Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat. Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat juga. Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.
Buah Delima Sebagai Face Mask. Campurkan 1 sudu teh powdered green papaya,grape seed oil, dan grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.
Merawat Keguguran Rambut. Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.