Resepi Nasi Ayam Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, buat apa tu? Wawa masih lagi di ofis, menanti waktu untuk pulang kerja..hihi

Siapa suka makan Nasi Ayam? Nak makan kat kedai, boring kan. Tak kena dengan selera sendiri, ada yang cepat muak sebab nasi dia macam lain laa. Wawa ni memilih juga kalau nak makan nasi yang macam-macam ni. Kalau tak kena dengan tekak, tak habis. Membazir je.

Semalam wawa masak special sikit dari biasa, first time masak nasi ayam. Alhamdulillah, menjadi dan sedap. Wawa tak pernah buat sebab ingat masak nasi ayam ni leceh, lambat dan susah.

Konon-konon nak masal special untuk husband, wawa nekad dan redah je walaupun kepala ligat duk fikir apa yang perlu wawa buat step by step. Ok, dah panjang lebar mukaddimah ni jom kita masak memasak plak.

Pertama, kita perlu sediakan bahan-bahan senang dan semua ni dah ada kat rumah.

Deco yang berseni.. Hehe.. Nasi tak sempat hidang dah ambil gambar..

Bahan-Bahan:
(untuk 2-3 orang makan)

1- 2 cawan beras 
2- 5 ketul ayam 
3- Daun salad
4- Timun 1 biji
5- Tomato 2 biji
6- 3 biji cili besar
7- 1 biji bawang besar sederhana
8- 2 ulas bawang putih
9- 3 inci halia
10- 1.5 liter air
11- Kicap
12- Minyak untuk menggoreng
13- Garam, gulan dan secukup rasa
14- Bahan-bahan rempah kasar (bunga cengkih, bunga lawang, biji limau, kulit kayu manis)
15- Daun sup

Cara-Cara Memasak:

Untuk dapatkan hasil dan boleh makan dengan cepat, wawa syorkan korang masak bersama-sama suami. Boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri bila sentiasa bekerjasama..hihi

Mulakan dengan merebus ayam bersama  dengan air dan halia. Rebus sampai masak dan toskan ayam ke dalam pinggan. Salut ayam dengan Kicap Manis Cap Kipas udang. 

Step 2 : Ambil 3 cawan air rebusan ayam untuk masak nasi. Letak dalam rice cooker dan biarkan ia masak. Guna air rebusan ayam lagi power dari letak marjerin.

Step 3 : Panaskan 2 sudu minyak dan tumis bersama bawang besar, bawang putih dan rempah kasar. Tumis sampai biji limau kuning dan naik wangi. Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam air yang direbus ayam tadi. Tambah garam, gula dan secukup rasa. Ikut rasa masing2. Wawa serahkan rasa ni dekat husband. Hehe

Step 4 : Goreng ayam yang digaul dengan kicap tadi sampai masak. Dah siap boleh letak dalam pinggan dan hidang.

Step 5 : potong 3 biji cili dan 1 biji tomato dihiris kecil (buang biji) dan blend bersama. Lepas siap, letak dalam mangkuk atau bekas masukkan sedikit garam.

Step 6 : Hias salad, potong kecil2 daun sup, tomato dan timun. Hidangkan.

Step 7 : Selepas semuanya siap, boleh dihidangkan untuk makan. Alhamdulillah, done..hehe

Senangkan? Tengah siap-siap nak pergi kerja pun boleh masak..hehe..

Selamat mencuba. 



Share:

13 comments:

  1. Kecur air liur aihhhh tgk makanan . Tashaabaaar nak bkk puasa huhu

    ReplyDelete
  2. salam singgah sini wawa...wahh..sedapnya nasi ayam wawa....dah lama diana tak buat nasi ayam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap makan yg sendiri masak diana.. Puas hati..hihi

      Delete
  3. Salam dari segmen kak mia
    cahayakehalusankelembutan.blogspot.my ;)


    nasi ayam . one of my fav.

    ReplyDelete
  4. Salam dari segmen kak mia
    cahayakehalusankelembutan.blogspot.my ;)

    terliuq , rajin kak wawa ni

    ReplyDelete
  5. nsi ayam pebret cik en.. pernah masak 2 3 kali.. menjadi dan sdp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, puas hati kan masak sendiri..")

      Delete

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊

Follow by Email

About Me

My photo
Mommy to my pretty princess, Suka senyum, suka makan, suka membaca, suka memberi inspirasi, suka menulis

Popular

Followers

HOW TO ORDER

HOW TO ORDER
PLEASE WHATSAPP MOMMY DIRECTLY

Blog Archive

Recent Posts

Total Pageviews

BLOGGER TEAM


Check Page Rank CK Free Auto Backlink\ Kedai Backlink,Backlink Percuma
free web site traffic and promotion

BRAND COLLABORATIONS

Printcious | Syaqist | BPT | Shaklee | Mcdonalds | Desaru Coast Adventure Waterpark | Sensodyne