Assalamualaikum wbt,

Kalau dah nama orang ganu, memang keropok lekor tak boleh tinggal. Iye kan? 

Rehat satu jam, wawa ke bank dan Cod barang dagangan Mealshake, set kesihatan dan set kurus. Namun hanya mealshake sahaja yang sempat, set kurus dan set kesihatan insyaAllah bersambung lepas balik kerja.

Mana sempat pergi banyak tempat dan nak lunch kan? Jadi, wawa singgah sebentar di kedai tepi pantai untuk tapau keropok lekor & goreng pisang. 


Inilah orang ganu, walaupun setiap hari makan keropok lekor tak pernah rasa jemu. Kalau nak ikutkan dari kecil lagi makan keropok, sampai umur 29 tahun pun masih lagi rasa nak makan. Hihi

Siapa suka keropok lekor Terengganu? Jemput datang Terengganu ye..hihi

Santai ditengah hari. Terima kasih sudi baca..")