Assalamualaikum wbt,

Hai, buat apa tu semua? Jom cuba resepi mudah dari dapur vitamin wawa..")

Alhamdulillah, musim buah durian sudah datang. Kini harga sekilogram boleh hanya rm5. Wawa tak perlu beli, sebab  belakang rumah hubby memang dah ada kebun  durian.”) Hujung minggu ni, insyaAllah akan ke Besut pula untuk terjah kebun durian mertua akak ipar. hihi

Wawa paling suka makan dengan pulut dan santan. Rasanya Ya Allah, lemak berkrim dan sangat-sangat best. Wawa nak kongsi resepi mudah dan cara makan pulut durian bersantan. Cara wawa makan mudah sahaja, budak-budak pun boeh buat. 

Ramai yang tak tahu sebenarnya cara makan pulut bersantan. Even suami wawa pun, waktu first time dia makan ketika ayah wawa ajak dia makan sekali baru-baru ni. Agak lucu juga sebab wawa tak tahu, suami wawa tak pandai makan pulut durian bersantan.


Bahan-Bahan:
  1. Beras Pulut (dimasak macam biasa)
  2. Santan segar  campur sedikit garam(suami wawa yang mesin kelapa)
  3. Durian kuning (paling sedap)
  4. Gula

Cara Makan

Letakkan satu senduk pulut ke dalam piring/pinggan, letakkan sedikit gula (ikut cita rasa, wawa suka gula sikit je), masukkan durian dua ulas & masukkan 1-2 senduk santan.
Ok, dah boleh makan.”)



Selamat mencuba..")