Assalamualaikum wbt,

Semalam punya cerita, wawa dan suami readykan cucur bilis. Jam 11 malam baru request nak makan cucur atau orang terengganu panggil "Jeput Bilis"..hehe

Wawa prepare bahan, suami yang kacau dan goreng. Walaupun simple je bahan-bahannya tapi cucur ni rasa sedap tau. Cuma wawa kurang suka sikit bila husband wawa taruk bilis belambak. Macam bilis bersalut tepung jadinya..hehe

Resepi Cucur Ikan Bilis Rangup Makan Sebiji Pasti Tak Puas Cucur Ikan Bilis Lembut  Resepi: Cucur Ikan Bilis Viral cucur Resepi Cucur Ikan Bilis Lembut dan Sedap Resepi Cucur Ikan Bilis Rangup Resepi Cucur Ikan Bilis Rangup cucur ikan bilis air panas resepi cucur ikan bilis kembung resepi cucur sayur cucur ikan bilis mudah cekodok nasi resepi cucur kentang cekodok manis cucur tepung gandum


Bahan-Bahan


  1. Tepung gandum 300g (2 orang makan)
  2. Bawang besar di potong 
  3. Kacang panjang potong dadu
  4. Bilis ikut cita rasa korang nak letak banyak ke sikit
  5. Garam secukup rasa
  6. Air suam (taruk sikit2 ye)

Cara-Cara Membuat Cucur:

Masukkan Bilis, Bawang dan kacang panjang ke dalam bekas atau bowl besar. Masukkan tepung gandum dan air sedikit demi sedikit sambil kacau. Pastikan tepung gandum menjadi adunan rata. Pastikan ia tidak terlalu lembit dan tidak terlalu keras. Orang kata agak-agak laa ye.. hehe.

Selepas itu, panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, masukkan sesudu demi sesudu dan goreng hingga habis. Goreng sampai kekuningan  supaya rangup untuk dimakan..
Ok, siap dan boleh dihidang..hihi

Simple kan? Boleh laa buat makan sambil-sambil tengok tv tu.. hihi

Selamat mencuba..”)