Hai semua, apa khabar? Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah
swt kerana kurniakan kesihatan yang baik buat kita semua. Entry hujung minggu
wawa, dua hari berkampung di Padang Landak Jerteh Terengganu. Hujung minggu
wawa Jumaat dan Sabtu, dua hari ni berhabis waktu dengan mengunjungi dusun Tok
Ayoh (Ayah mertua kakak ipar).
Kami dah inform awal lagi iaitu seminggu sebelum nak datang
ke sana. Supaya simpan buah-buah durian dan buhan tempatan yang lain untuk
kami. Wawa bertolak malam khamis bersama mak mertua, adik ipar, anak saudara
dan wawa serta suami. Bertolak lebih kurang jam 10:30 malam dan sampai jam 1
lebih sebab sempat berhenti makan dekat Bandar Setiu.
Alhamdulillah, sampai sana main-main dengan anak buah kejap
then tidur dengan lena sampai pagi. Bangun pagi, lepas siap-siap keluar ke
dapur tengok apa yang boleh di tolong. Sekali mak mertua panggil pergi rumah
Tok Ayoh, makan durian fresh dari kebun.
First day, Ya Allah serius rasa heaven sangat dapat makan
durian fresh. Banyak plak tu, wawa sorang yang makan, orang lain tengok je. Nampak
sangat kebulur ngan durian.. haha.. Padahal sebab orang lain semua dah puas
makan. Hubby wawa yang belah buah durian, wawa yang makan. Memang niat datang
nak makan durian semata-mata, jadinya memang sarapan dengan buah durian laa..
hihi
Lihatlah, photo wawa yang sedang bersarapan dengan durian.
Khusyuk gitu..kiki
Seharian tempat wawa adalah disitu, sebab durian fresh
sentiasa ada. Awal pagi peraih ada juga yang datang ambil durian dari sini,
hanya RM1 sekilogram. Sekali ambil berpuluh-puluh kilo. Wawa juga yang seronok,
makan tak pandang kanan kiri sampai kembung perut. Hihi
Malam pula, tok mek buatkan kami Pulut Durian Bersantan.
Walaupun dah kenyang, makan tetap makan.. hihi .. Seronok kan makan..”)
Hari kedua, juga rutinnya sama. Cuma jam 10 pagi wawa
meronda dengan hubby di kawasan Padang Landak dan Kampung Lak Lok Dalam,
ingatnya nak pergi cari rumah mak saudara wawa sekali tak kenal jalan. Nak call
handphone plak tak bawak, jadi kami balik aje ke rumah. Makan durian lagi
sampai muntah.. kiki
Petang, kami bertolak balik ke Paka semula. Sangat enjoy
dengan pengalaman ni. Dah lama rasai makan durian sebanyak ni, time kecil-kecil
dulu rajin jugak sebab atok pernah bawak kan. Sekarang atok dah tak ada, kampong
pun jarang balik.
suami sedang membersihkan sampah sarap di duri buah durian.
Alhamdulillah, selamat sampai Paka petang semalam.”)
Thanks semua, sudi baca celoteh petang wawa..”)
15 Comments
Salam singgah petang puan wawa....murah durian kat situ....Diana suka sangat makan durian ni...
ReplyDeleteWaalaikumussalam diana, aah murah sangattt sana.. Wawa pun suka..hehe
Deletetahun ini dah terlebih makan durian..sampaikan nampak durian jer rasa nak pening kepala..
ReplyDeleteHaha.. Betul tu, kalau dah banyak sgt takut2 terover plak.. Nanti terluah balik.kiki
DeleteWah..fresh tu yang lazat rasanya..
ReplyDeleteBetul tu.. Luruh je buka makan..
Deletemakan durian yg baru gugur dari pokoknya sedap amat..xcukup makan sebiji
ReplyDeleteKena makan berbiji2 kak..hihi
Deletesdp nye mkn..mkn xpndang dh kri kanan..hehe dgn kain btik lg tu..smgt nyer.. :D
ReplyDeleteHahaha.. Memang pn fizah..
Deletesedapnya ... durian fresh lagi tu. terliur tengok :)~
ReplyDeleteAlahai sory puteri..
Deleterm1 sekilo????
ReplyDeletebest sgt!.
kat bangi ni sebiji rm50!..hoho
Aah, murahkan?
DeleteBiar betul ena..mahalnya..
Tahun ni durian menjadi sungguh nampaknya kan.. kat mana2 boleh jumpa durian.. bagi yang minat memang musim yang cukup menggembirakanlah ya.. bagi yang ada kebun pula seronokla menjual atau menjamu anak beranak yang balik beraya dan bercuti dengan durian segar.. ai kalau buat sarapan gitu, memang gembira sangatla sepanjang hari...
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊