Assalamualaikum wbt,

Perempuan dan lelaki sekarang sama-sama lebih cenderung menjaga kesihatan kulit. Dulu, wawa boleh katakan hanya perempuan agak jarang dan janggal bila lelaki menjaga kecantikan wajah, meraka pasti dipandang enteng dan lebih dikenali sebagai maskulin.

Kini, kedua-dua golongan ini sama-sama bersaing untuk menjaga kecantikan wajah dan kulit. Jika wajah berjerawat, pasti cinta mereka ditolak mentah-mentah. Memilih sangat akn? ")

Wawa nak berkongsi dengan korang, ada tujuh punca kulit kita berjerawat dan tidak sihat. Nak tahu tak? Jemput baca sampai habis ya..")



1. Masalah hormon

Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan

Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian

Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.


Dah tau puncanya, kan? So, kalau boleh elak, kita elakkan. Kalau dah ada jerawat, bagaimana pula cara nak mengatasinya atau menghilangkan jerawat dengan berkesan?


Cara Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan:

  1. Amalkan minum satu sudu VIVIX dicampur ke dalam 1 gelas air suam/sejuk. Minum sebelum tidur dan amalkan setiap hari. 
  2. Sapukan Vivix + Collagen Powder + Vita E Complex + Soothing Radiance Whitening Essence (Toner Nutriwhite) selama 15-20 minit setiap hari. Boleh juga 3 kali seminggu. Hasilnya, MasyaAllah serius best.")
  3. Minum air masak tiga liter sehari.


Selamat mencuba.")


Jom jaga kesihatan diri. ")

Terima Kasih sudi luangkan masa membaca..") Semoga peroleh ilmu yang bermanfaat.

For orders and inquiries, boleh contact Wawa terus ya..")

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Wawa untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Founder of MME Legacy.
Your Shaklee Independent Distributor

Wawa | wanrokiahwanismail@gmail.com

Whatsapp: 019 996 6576
SID No : 1109915
Instagram: @Beauty_Skin_bywawa