Assalamualaikum wbt,
Menyimpan wang adalah amat penting, ia adalah asas kepada pengurusan kewangan dalam kehidupan. Kata ramai bijak pandai, menyimpan emas lebih baik dari menyimpan wang. Wawa akui, namun kita perlu bijak untuk menyimpan sedikit wang bagi menghadapi waktu-waktu kecemasan. Contohnya, sakit, kerosakan kereta, balik kampung, yuran persekolahan anak-anak dan sebagainya.
Wawa juga penyimpan emas dan peminat emas, cuma wawa optimis untuk menyimpan sedikit wang untuk kegunaan kecemasan.
Bagaimana korang menguruskan penyimpanan diwaktu kecemasan korang? Dimanakah korang menyimpan wang tersebut? Berapakah jumlah simpanan anda setiap bulan? Paling kurang 10% daripada gaji kita adalah untuk simpanan.
Wawa lebih prefer menyimpan wang di Amanah Saham Bumiputera
(ASB) sebab tiada kad ATM. Simpanan itu tidak boleh diusik dan hanya boleh jika
berlaku kecemasan. Pesan mak wawa, walau tiada duit macam mana sekalipun, elak
dari mengambil dari akaun tersebut. Itu cara didikan simpanan wang mak wawa.
Biasanya, wawa akan ke kaunter maybank atau pejabat pos
untuk proses menyimpan. Baru hari ini wawa tahu, sebenarmya kita boleh transfer
melalui maybank2u. Ya Allah, serius tak tahu boleh buat online sebelum ni.
2 Comments
Eh, baru tahu boleh buat online..tp xde acc mybnk pulak..hee
ReplyDeleteok..baru tahu jugak..
ReplyDeletetq soo much wawa!
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊