Assalamualaikum wbt,

X Aisyahumaira[dot]com , kini Vitaminwawa

{Nak makan Vitamin shaklee, boleh contact wawa ye..:)}

Siapa blogger yang bermula di awal yang bermula tahun 2009? Wawa adalah antara blogger yang baru bertatih waktu tu, buat blog pun suka-suka. Bermula dengan aisyahumaira.blogspot.com , wawa update personal sahaja beum aktif. Tulis blog sekadar untuk baca sendiri.. Stress dengan study, wawa luahkan disitu tanpa ada sesiapa yang tahu.

Lepas wawa habis study akhir tahun 2010, perjalanan wawa dengan blog semakin bermula aktif. Update setiap hari dan kadang-kadang boleh dapat 5-6 entry sehari. Blogwalking sepanjang hari, dalam masa satu minggu follower wawa meningkat dalam 100 ke 200 orang. Selepas mencapai follower 500 orang, wawa bertukar kepada domain aisyahumaira[dot]com. Waktu itu, wawa dikenali sebagai Aisya. Siapa yang pernah berkawan dengan Aisya, pasti ingat lagi kan.? hihi.. Blogger yang seangkatan dengan wawa "Adamxis, Cik Kite, Moon, JT, GT, Din, dan ramai lagi" , kita pernah berada dalam chat room blogger, tak silap wawa BCR. Setiap malam pasti kita akan adakan mesyuarat. hehe.. Indahnya bila dikenang kenangan lalu..")

Dalam fikiran wawa, yakin boleh dapat follower yang ribu riban dalam masa beberapa bulan. Yes, impian wawa terlaksana, dalam masa 3 bulan wawa menganggur dan hanya melayan blog Aisyahumaira[dot]com mencapai 5k plus follower. Woww, amazing! Wawa pun tak menyangka, namun yakin bahawa blogger yang hebat ketika itu seperti RedMummy pastinya juga bermula dengan zero. Seronok serius jadi blogger waktu tu, rasanya kawan blogger wawa lebih ramai dari kawan alam sebenar.. hihi

Selepas wawa mula bekerja, jadual kerja amat padat. Balik sehingga lewat malam, sampai di rumah mata hanya nak tidur. Agak lama wawa stop menulis entry, akibat kekangan dengan kerja hakiki. Akhirnya, wawa terlupa untuk membayar domain Aisyahumaira[dot]com. Bila teringat dan nak bayar, nama blog wawa sudah diambil orang. Kini, Aisyahumaira[dot]com hanya tinggal kenangan. Indahnya namamu seindah tuannya.. hehe

Aisyahumaira[dot]com dipilih sempena nama bakal anak wawa. Berangan nak bagi nama Aisya Humaira sebab cantik.. hihi.. Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun wawa tinggalkan dunia blog, kini wawa kembali dengan wajah baru. Wahai rakan blogger yang pernah mengenali wawa dulu, tegur laa ye.. InsyaAllah kita eratkan kembali silaturrahim..")

Sekian cerita vitamin wawa..")

Thanks sudi baca..")