Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, wanita dan cantik tak dapat dipisahkan.. Betul ke betul? Wawa nak kongsikan soalan yang dikongsikan di ruangan kesihatan Paper Utusan. Dibawah ini jawapan kepada kewajaran kita menjaga kesihatan dalaman.
Soalan : Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama.
Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki
masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu
kesihatan kulit.
Jawapan : Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh.
Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik
semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada
kesihatan kulit.Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran
kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan
rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca
daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil
makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh
menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.
Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007
menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik
dan pembaikan masalah jerawat.
Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan
dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan
dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang
mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Secara
umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi,
pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng,
bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.
Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air
penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran
toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.
Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.
Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit.
Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan
penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam
pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala
vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit
terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu
fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.
Oleh
itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten
(pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan
membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.
Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.
Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.
Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit.
Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras
GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan
minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.
Founder of MME Legacy,
Wawa 019.996.6576
Perunding Kesihatan Keluarga.
1 Comments
my big prob is susah nk minum air byk
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊