Jom baca pasal ikan..
Ikan Salmon
- selain dikenal sebagai makanan bagi otak juga memiliki khasiat sebagai makanan untuk menjaga kulit sihat. Ikan salmon juga dapat mengawal kesan penuaan pada kulit dan memeliharan penampilan kulit tetap sihat. Selain kaya dengan omega, salmon juga mengandungi protein tinggi dan coenzim Q-10 iaitu antioksidan.

Ikan Haruan - Mempunyai asid amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik. Ikan haruan juga mengandungi sejumlah besar vitamin A yang dapat membantu menambah daya penglihatan, melembabkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Lendir ikan haruan mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya. Menariknya, ikan haruan turut mengandungi kolagen tinggi bagi mencantikkan kulit.


Ikan Tongkol - Selain enak dimakan, ikan tongkol juga mengandungi khasiat yang cukup khusus iaitu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah dan menghambat proses penuaan. Jika ingin awet muda, disarankan makan daging ikan tongkol. Jika dimakan secara rutin, minimum tiga kali dalam seminggu sebagai menu utama, ia dikatakan dapat membantu mencegah beberapa penyakit seperti rheumatisme dan anemia dan juga mampu menghindarkan kulit kusam
 
Menarik Bukan? Baru tahu khasiat ikan, jom makan ikan tongkol banyak-banyak..")
 
 Founder of MME Legacy,
Wawa 019.996.6576
Perunding Kesihatan Keluarga.