Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? wawa doakan kalian sentiasa sihat sejahtera dalam menunaikan tanggungjawab pada Allah swt. Alhamdulillah, walaupun jarang bersiaran, masih ramai yang sudi menjengah ke Villa wawa ni..hihi

Masih ebrsiaran dari ofis, sempat laa godek-godek blog kesayang ni. Nak kisahkan tentang Rumah Impian Wawa. Semua orang pasti ada impian kan? Bagaimana kita nak realisasikan impian kita? Dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai yang cakap mustahil laa untuk ada rumah impian sedangkan gaji nak makan pun masih berkira. Ye dak? hihi

Wawa punya cara untuk berkongsi dengan kalian, tahu tak ada cara mudah untuk kita realisasikan impian? Dengan syarat, kita letakkan kebergantungan 200% kepada Allah. Pernah tak korang dengar Vision Board? Atau Papan Visi/Impian? Mulai sekarang, anda perlu guna untuk capai impian korang. Kejayaan Donald Trump adalah kerana beliau pernah miliki VB, kejayaan Jutawan Mama chery adalah kerana beliau milik VB. Ramai lagi jutawan yang meletakkan VB untuk mereka capai Impian. 

Sejak setahun yang lalu, wawa berimpian untuk miliki tanah dan rumah sendiri. Wawa letakkan di Vision Board dan tampal di dinding rumah, wawa tulis di setiap dinding rumah dan bilik, wawa nak milik rumah dan tanah secara percuma. Setiap hari, wawa tengok dan bayangkan wawa dah pun miliki. Nak tahu macam mana rumah wawa? Lihat foto dibawah, sejak pertama kali wawa tengok gambar rumah ni, wawa dah jatuh hati. Tengok rumah lain pun sebelah mata je. Entah kenapa memang jatuh cinta sangat, sebab wawa nak rumah yang design simple sahaja.

Wawa belum dapat lagi rumah ni, insyAllah doakan hujung tahun ni rumah ini dan berdiri dan menjadi kepunyaan wawa dan suami. Magiknya, wawa tak nak buat loan tapi wawa nak rumah ni free sahaja. Wawa yakin, wawa dapat. Jalannya sudah ada, cuma tinggal untuk wawa dan suami redah dengan tenang. ")

The best moment untuk wawa, malam tadi mak mertua sembang dengan wawa katanya beliau tengah usahakan cari tanah untuk kami suami isteri. Allahuakbar, terharunya wawa. Sudah wawa katakan, kita usah pertikai cara mana Allah nak bagi, sebab itu urusan Allah. Urusan kita, Yakin dan usaha serta tawakkal pada Allah serta doa yang tak pernah putus. 

Anda ingin capai impian? Tulis dan tampal impian anda. tampal laa dimana-mana pun, kalau ada orang tengok lagi bagus sebab mereka baca, dan setiap yang keluar dari mulut kita adalah doa. 

.

Jom berimpian!")


Doakan wawa dan suami untuk miliki rumah ini ye..")