Assalamualaikum wbt,
Apa khabar semua? Alhamdulillah, wawa doakan kalian sentiasa dalam keadaan sihat yang cergas. Semoga kalian yang sudi ke blog wawa dikurniakan rezeki yang deras sederas-derasnya..")
Berapa ramai yang amalkan Vitamin C dalam harian? Ok, ramai sebenarnya yang ambil. Alhamdulillah, namun ada juga yang tak ambil dan tak tahu apa fungsi Vitamin C ni. Jom kita kenali apa fungsi Vita C dan Vita C brand apa yang terbaik.
Vitamin C atau Asid Askorbik amat
bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh
membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?
- Vitamin C membantu pembentukan
kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh
manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang,
gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari
Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si
pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka
cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
- Vitamin C menjaga salur darah agar
tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma
kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting
dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yangmenghidap darah
tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan
jantung tersumbat.
- Detoksifikasi. Vitamin
C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik
dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan
dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok
patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana
ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada
mengalami kerosakan yang teruk.
- Vitamin C
juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon
(hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more
you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh
memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan
kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
- Penyakit skurvi adalah akibat
kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan,
lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat
sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan
vitamin C. Jelas sekali
vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan
tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka.
Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos
yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
- Kita digalakkan mengambil
buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan
tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh
badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut
Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7
setengah biji Oren. Jika kita
mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah
dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
Haa, ni vitamin C yang wawa amalkan setiap hari.
Shaklee
Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya
memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem
perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang
berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya
melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
- Kandungan Vitamin C yang
tinggi.
- Sistem perlepasan
berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan
satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
- Formulasi yang membantu mengekalkan
pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata,
gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *
sumber:Shaklee Malaysia
* Produk ini bukan
bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang
penyakit.
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊