Assalamualaikum sahabat,
Apa khabar, wawa harap kalian sentiasa berada dalam keafiatan Allah swt. Hari wawa nak share info berkenaan penyakit diabetes atau juga digelar kencing manis dikalangan masyarakat.
Bahaya tak diabetes ni? Apa sebenarnya diabetes? Menjawab kepada soalan ini, mari kita sama-sama pelajari atau memahami serba sedikit tentang penyakit ini. Memandangkan sekarang ini, penyakit diabetes mula menular dikalangan masyarakat dibawah lingkungan 30an, yang mana dulu penyakit kencing manis atau diabetes hanya dihidapi oleh golongan berumur dalam 40 tahun keatas.
Kencing manis (diabetes mellitus) adalah masalah metabolisma dimana jumlah glukosa atau gula, di dalam darah adalah tinggi, secara perubatannya dikenali sebagai hyperglycaemia.
Diabetes terbahagi kepada 2 jenis :
1- adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu
memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang
mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya
boleh dikesan pada bayi atau budak yang muda.
2- adalah jenis kencing manis
yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan
trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat
ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah
yang tinggi.
Tahu tak, kencing manis ini mempunyai beberapa peringkat sebelum ia mencapai tahap serius.
Peringkat
Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap
Kandungan gula dan toksik
yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah
melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah
yang lancar.
Peringkat
Ke-2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga
Kepekatan gula yang semakin
bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan
menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi
semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta
bekalan air.
Peringkat
Ke-3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk
Darah yang telah menjadi
pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien
ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen
yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda
turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi
masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.
Peringkat
Ke-4: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama
Tidak kira lelaki atau
perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran
darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.
Peringkat
Ke-5: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas
Ini merupakan tanda sel-sel
badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu
glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam
sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan
pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam
bentuk tompok-tompok.
Peringkat Ke-6:
Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.
Pengerasan darah pada
tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit.
Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.
Peringkat
Ke-7: Gangrene Bernanah Mulu Muncul di Hujung Jari Kaki
Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung,
darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi
darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa
toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang 'perfect' untuk pertumbuhan
bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria
tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam
masa sangat singkat.
Peringkat
Ke-8: Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang
Terdedah!
Jangkitan bakteria yang
tidak terkawal, penyelesaian (sementara) adalah... Potong! Mula-mula potong
tapak kaki dulu. Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian
paha.
Peringkat Ke-9:
Penglihatan Menjadi Semakin Kabur
Kapilari yang terdapat pada
mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas.
Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau... Buta!
Peringkat Ke-10:
Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan
lain-lain Penyakit Sekunder.
Buah pinggang menjadi
semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung
penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan
sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.
Peringkat
Kesembilan: Peringkat Terakhir?
Pergi ke hospital dan lihat
dengan mata sendiri, bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis berakhir...
Sungguh menyedihkan!
Apakah yang menyebabkan tahap glukos dalam darah menjadi pekat? Ia adalah disebabkan oleh rintangan insulin.
Rintangan Insulin adalah
satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan
membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang membenarkan glukosa
diangkut ke dalam sel untuk digunakan.
Rajah di atas menunjukkan keadaan operasi insulin yang normal bagi
orang yang sihat. Selepas kita makan, kandungan gula di dalam darah akan
meningkat dan apabila badan mengesan peningkatan ini, ia akan mengarah pankreas
untuk merembeskan lebih banyak insulin untuk menghantar bekalan glukosa yang
datang tiba-tiba ini ke dalam sel-sel
badan untuk menghasilkan tenaga atau disimpan dalam sel adipos dalam bentuk
lemak.
Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkandan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadapa insulin.
Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang
tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam
saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya
menyebabkan Kencing Manis... Jenis 2!
Pn wawa jual vivix untuk diabetes.
0199966576
wanrokiahwanismail@gmail.com
Pn wawa jual vivix untuk diabetes.
0199966576
wanrokiahwanismail@gmail.com
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊