Friday, 10 April 2020

VIT’S MENCARI GOLONGAN WARGA EMAS UNTUK HULURKAN BANTUAN MAKANAN HADAPI COVID19

Assalamualaikum wbt,

VIT’S MENCARI GOLONGAN WARGA EMAS UNTUK HULURKAN BANTUAN MAKANAN HADAPI COVID19



Bantuan makanan ke Covid19 Team Hospital Kuala Lumpur

Rawang, Selangor, 1 April 2020 - VIT Makanan Sdn Bhd, pengilang dan pengeluar makanan segera dan mee kering sejak 1975, telah menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menghulurkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid19 ini. Dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada 14 April 2020. Vits berjanji untuk meringankan beban petugas dan golongan sepanjang waktu PKP ini.

Sejak bermulanya PKP, Vits telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk kembali menyumbangkan kepada masyarakat yang memerlukan dan mereka yang sedang berjuang demi negara dalam situasi sukar ini. Vits sehingga kini telah menyumbang sejumlah 3000 lebih karton kepada petugas Hospital Kuala Lumpur, para petugas polis yang sedang menjalankan sekatan jalan, bomba, rumah pertubuhan, rumah kebajikan dan rumah orang tua yang kurang bernasib baik di beberapa lokasi.


Bantuan makanan di agihkan pada petugas polis dan tentera di sekatan jalan raya

Noodlesman atau Mr YT Lai, Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd berkata, Covid19 adalah situasi yang paling mencabar pada beliau dan kita semua, terutamanya petugas barisan hadapan yang kekal bekerja tanpa mementingkan diri dalam situasi penuh risiko demi perjuangan memerangi Covid 19. Sebagai penghargaan serta sokongan kami terhadap usaha murni ini, kami ingin membantu menyediakan bantuan makanan secukupnya buat mereka. Kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia pada waktu yang sukar ini.

Sebagai peneraju dalam industri makanan segera klasifikasi mee segera dan mee kering ini, kami amat mematuhi piawaian dalam memastikan makanan yang kami hasilkan melalui saringan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Makanan. Di mana kami amat menitik beratkan soal sientifikasi di mana setiap pekerja yang masih bekerja di bahagian logistik, pembungkusan, pengeluaran serta pejabat perlu melalui pemerikasaan suhu badan, pemakaian topeng muka dan sarung tangan, pengangkutan seperti van dan lori juga perlu di nyah kumankan setiap hari bagi memberi dan menghantar produk serta stok makanan yang bersih dan terjamin, tambah YT Lai lagi.


Vit makanan juga ingin meneruskan niat murni ini dengan mencari warga emas yang berumur 60 tahun ke atas di seluruh Malaysia yang tinggal bersendirian tanpa anak yang bekerja untuk diberikan bantuan makanan.

“kami percaya gologan ini seharusnya diberikan keutamaan dalam bantuan kerana mereka ini tidak mampu untuk keluar mencari makanan di saat sukar ini. Sekiranya anda mempunyai jiran, kenalan, kenalan sekampung boleh tampil kehadapan dan kami akan hantarkan bantuan makanan ini terus kepada mereka. Kami berharap agar dengan bantuan ini kami dapat membantu bersama-sama mengangani Covid19, kata beliau.







Kami sedang mencari golongan warga emas yang perlukan bantuan makanan. Sekiranya anda mengenali jiran, sekampung atau sesiapa yang mempunyai kriteria di bawah, mohon kongsikan kepada kami. Agar kita sama-sama dapat membantu.
Kongsikan posting ni di Facebook, Instgram atau mana-mana media sosial anda.
# Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas
# Tinggal bersendirian tanpa anak-anak yang bekerja
# Tanpa sumber rezeki
# Kekangan untuk bergerak di sebabkan perintah berkurung


Untuk maklumat lanjut mengenai anda boleh menghubungi unit komunikasi dan pemasaran / Cik Baizura di nombor 6012 631 2098 atau laman sesawang kami www.vitsnoodles.com

0 Comments:

Post a comment

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊