Assalamualaikum wbt,

Mommy suka sebenarnya memasak, lebih-lebih lagi masakan berunsurkan kek yang mudah untuk dibuat dan sedap di makan. Selama tempoh kawalan pergerakan ini, apa kata kita isi masa untuk membuat kek batik pelbagai rasa dan resepi. Boleh mengeratkan silaturrahim antara anak-anak dan suami isteri kan.



kek batik indulgence, kek batik viral, kek batik mudah dan sedap
7 Resepi Kek Batik Viral Mudah Dan Sedap
Mommy kumpulkan semua resepi yang mudah untuk rujukan mommy dan juga anda semua. Sekaligus boleh anda print untuk diletak didapur, bila masa nak membuat kek batik boleh terus buat tanpa perlu google. hehe

Resepi kek batik viral pelbagai cara mudah dan cepat,

1. Resepi Kek Batik Indulgence
Resepi, Resepi Kek Batik, Resepi Kek Batik Viral, Resepi Kek Batik Indulgence,
Kredit youtube Buat Orang Lapo
Resepi Kek Batik Indulgence tanpa perlu bakar dan tips potong kek cantik


Bahan-Bahan




300 gram biskut marie

1 buku (250g) mentega
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan milo
3/4 cawan susu pekat
1/4 cawan susu cair



1 sudu besar gelatin

50 ml air panas

250 gram cream cheese
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan susu cair
*sedap lagi guna whipping cream
*sukatan sama dengan susu cair






250 gram coklat masakan gelap

2 sudu besar nutella

1 sudu besar mentega
150 ml susu cair (ni pun lagi sedap guna whipping cream)
*gunakan sukatan yang sama dengan susu cair sekiranya nak guna whiping cream


Cara potong kek batik coklat indulgence, rendam pisau dalam air panas dan lapkan dengan tisu. Ulang setiap kali potong supaya dapat bentuk yang cantik.

2. Resepi Kek Batik Cadbury
Resepi, Resepi Kek Batik, Resepi Kek Batik Viral, Resepi Kek Batik Indulgence,
Kredit Youtube Limau Nipis
Resepi Kek Batik Cadbury


*Resepi ini menggunakan acuan bulat saiz 8 - 9 inci

*Kek batik ini lebih sedap dimakan setelah disejukkan semalaman di dalam peti






Bahan-bahan Kek batik :

300g biskut marie (patah dua setiap keping)

1/2 tin (200g) susu pekat manis

3/4 cawan susu cair

1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan milo
1 1/2 biji telur gred A
250 g mentega



Lapisan coklat cadbury :

3/4 cawan UHT Whipping cream (dipanaskan)

150g coklat masakan susu
60g cadbury
1 sb mentega

3. Resepi Kek Batik Milo
Resepi, Resepi Kek Batik, Resepi Kek Batik Viral, Resepi Kek Batik Indulgence,




Resepi Kek Batik Milo Sedap
Bahan-bahan nak buat Kek batik
Biskut Marie (2 mangkuk )
Susu pekat (separuh)*ikut suka nak letak banyak mana
Milo (1 mangkuk)
Marjerin (1/2 bekas)




Cara nak membuat kek batik simple dan sedap:
Patah-patahkan biskut Marie 
Panaskan kuali *gunakan api perlahan
Masukkan susu pekat, Milo & Marjerin tadi dan kacau
Jangan berhenti takut adunan nanti berketul pulak

Apabila semuanye sudah sebati, (time ni kalo rasa tak cukup bahan seperti susu, marjerin dengan
milo nak tambah boleh tambah)
Masukkan Biskut dan kacau (jangan lama sangat kacau tau, nanti biskut tu lembik pulak)
Kacau sampai semua biskut sudah bersalut dengan coklat..
Masukkan dalam loyang.
Tekan-tekankan adunan tadi sampai semua mampat
Sejukkan dalam peti ais, 2 ke 3 jam dah boleh makan.

4. Resepi Kek Batik Coklat Ganache 
Resepi, Resepi Kek Batik, Resepi Kek Batik Viral, Resepi Kek Batik Indulgence,
Kredit Youtube Che Nom
Resepi Kek Batik Coklat Ganache

Bahan-bahan untuk kek batik:
2 pek/ 540g-600g biskut marie 1 ketul / 200g butter (unsalted/salted) ½ cawan / 153g susu pekat ½ cawan / 50g serbuk koko 1 cawan / 120g serbuk milo ½ cawan / 118 ml air panas ½ sudu kecil garam (kalau guna unsalted butter) 1 biji telur 1 sudu kecil ekstrak/esen vanilla Bahan-bahan untuk topping coklat ganache:

200ml /200g whipping cream 200g dark chocolate 1 sudu kecil ekstrak/esen vanilla 1 sudu besar butter


5. Resepi Kek Batik Indulgence - Ariana
Resepi, Resepi Kek Batik, Resepi Kek Batik Viral, Resepi Kek Batik Indulgence,
Kredit Youtube Ariana Sofea Ahmad

Resepi Kek Batik cheese Indulgence. Makan sambil pejam mata😋 Bahan- bahan kek batik 450g biskut marie (patah2kan) 250g butter 1 cawan milo (110g) 3/4 cawan susu pekat manis(190ml@250g) 1/2 cawan serbuk koko(50g) 1/2 cawan air masak(60ml@50g) 1sk Esen vanila Bahan-bahan lapisan Cream Cheese 250gram cream cheese 150ml whipping cream ( Anchor) 1 sudu besar gelatin + (1/4 cawan air panas @50ml) -dikacau sebati 3 sudu besar gula custor 1 sudu besar susu pekat 1sk esen vanila Bahan-bahan lapisan coklat 300g milk compound coins (beryls) 150ml whipping cream (Anchor) 1 sudu besar butter Double boil semua bahan topping dan kacau sebati. Double boil ada 3 cara 1. Panaskan whipping cream atas dapur, bila dah panas, tuang terus dalam milk compound dan kacau sehingga sebati bersama butter. 2. Masukkan milk compound, whipping cream dan butter ke dalam microwave. Bila dah panas, coklat akan cair. Buat keluar, kacau bagi sebati. 3. Ambik air panas semangkuk. Dalam mangkuk lain letakkan whipping cream, milk compound dan butter ke dalam mangkuk yang lebih besar. Letak mangkuk tu atas mangkuk air panas tadi dan kacau sehingga coklat cair (guna bekas tahan panas) P/S - Nak guna dark compound pun boleh.




6. Resepi Kek Batik Biasa
Resepi, Resepi Kek Batik, Resepi Kek Batik Viral, Resepi Kek Batik Indulgence,
Kredit facebook Kek Batik Mudah
Resepi Kek Batik Mudah Dan Sedap

Bahan-Bahan membuat kek batik biasa:
1 paket biskut marie (patah dua)
250 gm butter

2 biji telur

1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan gula pasir

Cara Menyediakan Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap:
1. Campurkan semua bahan-bahan resepi kek batik kecuali biskut ke dalam kuali dengan api yang perlahan. Sila kacau sehingga pekat.
2. Bila dah pekat boleh tutup api dan masukkan biskut. Gaul sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan ke dalam bekas tupperware/ loyang dengan alaskan dengan plastik. *ini untuk mudahkan keluar kek batik.
4. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras.
6. Siap untuk dipotong dan dihidangkan.

7. Resepi Kek Batik Indulgence Tanpa Telur - Che Nom
Resepi, Resepi Kek Batik, Resepi Kek Batik Viral, Resepi Kek Batik Indulgence,
Kredit Youtube Che Nom
Resepi Kek Batik Indulgence Cheese



Bahan-bahan untuk Kek Batik (Ingredients for Kek Batik): 2 pack /540g biskut marie (2 pack/250g marie biscuits) 250g mentega (250g butter) 1/2 tin /200g susu pekat manis (1/2 can /200g sweetened condensed milk) 1 cawan serbuk Milo ( 1 cup Milo powder) 3/4 cawan /180ml susu full cream (3/4 cup /180ml full cream milk) 1/2 cawan /50g serbuk koko (1/2 cup/50g cocoa powder) 1/4 sudu kecil garam (1/4 tsp salt) *for unsalted butter 1 sudu kecul esen vanilla (1/4 tsp vanilla essence) Bahan-bahan untuk lapisan cheese (Ingredients for cream cheese layer): 250 g krim keju (250g cream cheese) 3 sudu besar /50g gula kastor (3tbsp /50g castor sugar) 1 sudu kecil esen vanila (1 tsp vanilla essence) 1 sudu besar susu pekat manis (1 tbsp sweetened condensed milk) 3/4 sudu besar serbuk gelatin (3/4 tbsp gelatin powder) 3 sudu besar air panas (3 tbsp hot water) 200 ml krim putar tenusu (200ml dairy whipping cream) Bahan-bahan untuk coklat ganache (Ingredients for chocolate ganache): 300g coklat masakan gelap (300g dark cooking chocolate) 250g krim putar tenusu (250g dairy whipping cream) 1 sudu besar butter (1 tbsp butter) 1 sudu kecil esen vanilla (1 tsp vanilla essence)
Cara-Caranya:
1. Lapisan kek batik. Patah-patahkan biskut marie. Panaskan kuali, masukkan butter sehingga cair, masukkan pula susu pekat, milo, susu full cream, serbuk koko, sedikit garam dan esen vanilla. Selepas itu, masukkan biskut sedikit demi sedikit kacau sehingga semua disaluti coklat. Biarkan seketika dan masukkan ke dalam loyang, tekan sampai rapat.
2. Lapisan Cheese. Masukkan krim cheese ke dalam bekas, dicampur dengan gula, esen vanilla, susu pekat dan cecair gelatin (cairkan dahulu dengan air panas). Kacau adunan  sehingga sebati, kemudian masukkan krim tenusu yang telah diputar. Masukkan diatas lapisan kek batik dan sejukkan di dalam peti sejuk.
3. Lapisan coklat. Panaskan coklat masakan gelap menggunakan double boil, panaskan dan masukkan krim putar tenusu, butter dan esen vanilla. Bila dah cair semua, tuang diatas kek batik yang sudah dilapis dengan lapisan cheese. Sejukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong dan di makan.

Selamat Mencuba.