Assalamualaikum wbt,

4 Himpunan Resepi Roti Paling Mudah Dan Sedap | Koleksi resepi roti pelbagai jenis ini mommy kumpulkan supaya mudah untuk mommy buat rujukan untuk membuat roti nanti. Bread maker noxxa sudah tersedia untuk mommy gunakan, kali ini mommy mencari pelbagai jenis resepi roti untuk mommy cuba pula.



Resepi Pelbagai Roti
Rujukan ini bukan untuk mommy sahaja, anda juga boleh menjadikan entry ini sebagai bookmark supaya senang nak lihat dan baca setiap resepi untuk membuat pelbagai jenis roti nanti. Tambahan pula, di musim perintah kawalan pergerakan ini pasti memberi banyak masa untuk kita mencuba pelbagai jenis masakan. Jadi, ambillah peluang untuk memasak pelbagai makanan untuk anak, suami mahupun isteri.

Di sini mommy kongsikan 4 himpunan resepi roti pelbagai jenis yang paling sedap dan mudah.




#1 – Resepi Roti Kentang Manis Sedap
Resepi Roti Kentang Manis
Bahan-Bahan Doh:
  • 300 gram tepung roti - hi protein flour
  • 3/4 sudu besar susu tepung
  • 50 gram gula kaster
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 1/2 biji telur - kurang lebih 30 gram
  • 60 gram ubi kentang yg telah dilecek - rebus dulu
  • 135 ml air sejuk dari peti ais
  • 30 gram mentega

Cara cara:
  1. Satukan semua bahan bahan kering dan kacau rata. Satu dan dikacau rata telur dan kentang lenyek dan masukkan ke dalam tepung. Putar perlahan lahan sambil dimasukkan air dan mentega. Putar rata sehingga menjadi doh yang licin, lembut dan kenyal.
  2. Perap doh dengan ditutup dengan plastik sehingga naik 2 kali ganda. Setelah naik, tumbuk doh untuk mengeluarkan udara di dalamnya. Lapkan tangan dengan sedikit minyak. Bulat bulatkan menjadi bebola saiz 56-57 gram. Susun ke dalam loyang saiz 10"x10" yang telah digris.
  3. Tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. Sementara itu, bolehlah sediakan adunan kastard dan setelah suam, bolehlah dipaip cream castard di tengah tengah roti mengikut kreativiti masing masing.
Nota:
Buat 1 1/2 adunan untuk mendapatkan 16 biji buku roti.

Bahan Kastard 1:
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil mentega
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara cara:
  1. Satukan gula dan tepung kastard. Kemudian masukkan susu sedikit sedikit sambil dikacau dengan whisk supaya tidak berketul hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  2. Isikan cream custard dalam beg plastik yang baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti.
  3. Buat sehingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang.



Bahan Kastard 2:
  • 1 sudu besar tepung kastard atau tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji kuning telur - kacau sedikit
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar mentega

Cara-Cara:
  1. Bancuh tepung, gula, garam dan tuang susu sedikit sedikit sambil kacau agar tidak berketul. Masukkan telur dan kacau lagi.
  2. Masak diatas api sederhana sehingga pekat. Sentiasa kacau agar tidak berketul. Apabila sudah pekat angkat dan masukkan mentega dan dikacau sebati. Sejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam piping bag dan digunting hujungnya. Sedia untuk dipaip atas roti mengikut kreativiti masing masing.

Kredit : Azie Kitchen

#2 – Resepi Roti Sosej Pintal
Resepi Roti Sosej Pintal
Bahan-Bahan: (7-8 biji) 
  • 2 cawan tepung gandum/tepung roti
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 biji telur
  • 6 g yis mauripan
  • Secubit garam8 batang sosej (dicelur)

Bahan hiasan:
  • Mix vege
  • Mentega
  • Sos cili
  • Mayonis
Cara-Cara:
  1. Sediakan ½ cawan air suam panas, kemudian bancuhkan 1sb gula. Lepastu tuang yis, tunggu dalam 10-15 minit, sampai yis kembang dan berbuih.Dalam besen besar, satukan tepung, telur, mentega cair, susu pekat, garam sehingga jadi serbuk roti.
  2. Tuang campuran yis sedikit demi sedikit ke atas tepung. Sampai menjadi doh melekit.
  3. Uli doh selama 10 minit, setkan masa.Uli sampai doh dah tak melekat di tangan dan doh jadi lembut anjal.
  4. Sapu 1sk minyak masak di keliling doh sebelum perap untuk mengilatkan doh. Tutup bekas doh dengan kain putih kemudian letak di tempat suam panas untuk doh naik lebih gebu dan cantik.
  5. Rehat doh selama 1 jam.
  6. Lepas perap, tumbok-tumbok doh untuk keluarkan angin.
  7. Ambil doh dan gelekkan. Isi sosej dan balutkan sosej. Potong dengan pisau jangan sampai putus.
  8. Lepas potong boleh mula membuat pintalan ke kiri ke kanan je. Dah siap sapu mentega dan hiaskan dengan mix vege.
  9. Panaskan oven dengan suhu 170c. Bakar roti selama 20-25 minit. Dah siap bakar boleh sapukan roti dengan mentega supaya berkilat. Selepas itu boleh tuangkan sos dan mayonis. Siap

 Kredit : Cookpad

#3 – Resepi Roti Sarang Lebah Dan Sos Karamel
Resepi Roti Sarang Lebah Dan Sos Karamel
* Cara membuat roti dengan tangan tanpa mixer dibawah
* Resepi ni hasilkan 4 roti sarang lebah yg bersaiz 7 inci bulat setiap satu



Bahan-Bahan:

Tanzhong/water roux/pelembut roti:
  • 40g tepung roti
  • 200g air
  • Masakkan hingga pekat dan biarkan 2-3 jam, semalaman lebih baik.

Doh Roti:
  • 580g tepung roti/high protein
  • 1 sudu besar/10g susu tepung
  • 2 sudu kecil/12 g garam
  • 60g gula pasir
  • 10g/1 paket yis
  • 260g susu segar/UHT
  • 1 biji telur (50g)
  • pelembut roti/tanzhong/water roux
  • 50g mentega (suhu bilik)
  • Kuaci hijau/putih/biji bijan hitam

Glis telur:
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar

Sos karamel:
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan whipping/fresh cream
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar butter

Cara-Cara Membuat Roti Dengan Tangan:
  1. Campurkan semua bahan-bahan kering seperti tepung,yis,gula,garam,susu tepung dan kacau sebati.
  2. Buat bulatan di tengah - tengah dan masukkan bahan-bahan basah seperti susu, telur dan tanzhong dan kacau sebati.
  3. Kemudian, satukan dengan mentega dan uli selama 20 - 25 minit.
  4. Akhir sekali perap selama 40 minit ke 1 jam dan uli menjadi bebola - bebola kecil seberat 30g. 
  5. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170 celcius.
Kredit : Youtube Sirap Limau

#4 - Resepi Roti Sarang Lebah Gebu Gebas Bersama Kuah Butterscotch
Roti Sarang Lebah Gebu Gebas Bersama Kuah Butterscotch
Bahan dan Cara Penyediaan Roti Sarang Lebah: (15-20 biji) 
Tips – Sukat dengan betul dan tepat setiap yang dinyatakan dan guna cawan/sudu yang sama jika ada dalam resepi.
  • 1 sudu teh serbuk penaik atau baking powder
  • 1 biji telur Gred A
  • 2 sudu besar yogurt putih / yogurt kosong
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar madu
  • 6 gram yis serbuk
  • 40 gram gula biasa
  • 40 gram butter
  • 200 gram tepung gandum
  • 250 ml susu segar kotak
  • 300 gram tepung high protein

Cara-cara buat roti lembut ini menggunakan tangan:

Tips – Bread maker memudahkan kerja dan roti lebih gebu serta lembut dari ulian tangan.
  1. Masukkan semua bahan sekaligus ke dalam bekas tersebut dan uli menggunakan tangan sehingga semuanya sebati dan tiada lagi doh melekat pada jari jemari. Itu tanda doh telah siap diuli. Doh roti yang telah siap dimasukkan ke dalam plastik bersih dan urut lagi doh sekitar 10 -12 minit . Keluarkan doh roti dari plastik dan uli lagi 10-15 minit untuk mendapatkan doh yang betul-getul gebu serta lembut dan kenyal.
  2. Tutup permukaan doh yang telah siap dengan kain bersih atau untuk mudah, gunakan sahaja plastic wrap dan bairkan doh 6 minit untuk jadikan doh 2 kali ganda saiz dari asal tadi.(Tips – letak doh di dalam almari atau suhu yang sedikit tinggi dari suhu bilik untuk hasil yang awesome.)
  3. Selepas 60 minit, buka penutup dan tumbuk permukaan doh untuk pastikan angin yang terkandung keluar dari adunan doh. Ambil penimbang dan timbang doh seberat 40 gram setiap satu tompok. Gentelkan dan bulat-bulatkan doh , susun dalam loyang yang telah dilengserkan dengan butter .Apabila siap susun, tutup doh dengan kain di atas permukaan doh yang telah disusun dan biarkan lagi diperap 40 minit.
  4. Sambil tunggu doh diperap, sediakan glis telur . Caranya, sebiji telur dan satu sudu besar susu segar dan pukul/kocok sekejap. Apabila siap perap, beruskan glis telur pada permukaan doh , taburkan apa nak tabur di atas tu seperti badam, bidang, walnut , kismis atau kuaci hijau. Selepas siap tabur, berus sedikit untuk biarkan semua bahan melekat.
  5. Bakar selama 20 minit dengan suhu mencecah 170’C atau sehingga boleh nampak permukaan roti akan mulai keperangan. Apabila siap dibakar, berus permukaan roti sarang lebah yang panas dengan mentega untuk bagi ianya berkilat.

Resepi Sos Butterscotch 
Bahan-Bahan:
Tips – Sukat dengan betul dan tepat setiap yang dinyatakan dan guna cawan/sudu yang sama jika ada dalam resepi.
  • 1/4 sudu teh kecil garam halus
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan krim segar/fresh cream
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu teh kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter

Cara-Cara:
  1. Panaskan periuk dengan api kecil , masukkan dan tunggu butter mencair, selepas itu masukkan gula sehingga cair . Gunakan api kecil sepenuhnya.
  2. Masukkan pula krim , garam dan esen vanilla dan kacau sehingga semuanya sebati.Jika sos sedikit pekat atau likat, tambahkan sedikit susu cair mengikut kesesuaian sedikit demi sedikit sehingga sos butterscoth cantik licin sebati lembut.
  3. Selepas itu, tuangkan ke atas roti yang baru masak tadi. Jadi sediakan ketika roti sarang lebah masih panas . Done  



Kredit: Resepi Viral Terbaik