Thursday, 26 March 2020

6 Himpunan Resepi Durian Crepe Mudah Sedap Dan Lazat

Assalamualaikum wbt,

6 Himpunan Resepi Durian Crepe Mudah Sedap Dan Lazat | Resepi durian crepe adalah menjadi fenomena suatu masa dulu, ia merupakan satu hidangan pencuci mulut yang sangat lazat untuk dinikmati seisi keluarga. Ada orang lebih menjurus untuk membeli dan makan durian crepe yang telah siap. Namun begitu, ia tidak memberi kepuasan kerana tidak cukup jika dibeli dengan kuantiti yang sedikit. Jadi, apa kata anda cuba pula membuatnya sendiri dengan mencuba resepi-resepi dibawah. Tahukah anda bahawa membuat durian crepe amatlah mudah dan senang.



6 Resepi Durian Crepe Sedap dan Lazat
Jadi, kali ini mommy berkongsi pula dengan anda himpunan 6 resepi durian crepe untuk anda cuba di rumah.

#1 - Resepi Durian Crepe (Resepi Mama)
Resepi, Resepi Durian Crepe, Resepi Kek Durian Crepe,
Resepi Durian Crepe
Bahan Bahan:
  • 4 tbs tepung gandum
  • 4 tbs tepung ubi
  • 2 tbs tepung jagong
  • 2 tbs tepung kastard
  • 2 biji telur ¨C saya guna telur saiz B
  • 2 tbs minyak/butter dicairkan- saya guna minyak masak je
  • 2 tbs gula halus
  • 1 cawan susu segar
  • 3 tbs air
  • secubit garam
  • pewarna kuning
  • perasa durian

Cara Buat Durian Crepe Sedap Dan Simple:
Cara Membuat Kulit Crepe:
  1. Satukan semua jenis tepung dan ayak dalam satu bekas.
  2. Lepas tu campurkan dengan semua bahan lain. Kacau hingga hingga sebati.
  3. Tapis dan letakkan pewarna.
  4. Sediakan kuali nonstik untuk membuat crepe, panaskan dan sapukan kuali dengan minyak.
  5. Apabila kuali sudah panas, angkat dan masukan 1 senduk adunan ke pan.
  6. Ratakan adunan crepe dengan cara digoyang-goyangkan.
  7. Letakkan sebentar pan di atas api, lalu angkat apabila crepe sudah masak.
  8. Ulangi langkah membuat crepe ni hingga habis adunan.

Cara Membuat Filling Kastard Durian Crepe:
  1. Satukan tepung kastard kemudian ayak dalam satu bekas, pastu masukkan gula, 2 biji telur dan 1 cawan susu. Kacau hingga adunan sebati.
  2. Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla, Kacau rata.
  3. Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar. Bila ia dah meletup-letup baru tutup api.
  4. Biarkan ia sejuk, masukan isi durian yang dah dihancurkan ke filling kastard, simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin.

Cara Membuat Filling Whipping Cream:
  • Sediakan bekas yang bersih dan kering, masukan 200 ml Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga kental. Jadi warna putih gebu

Cara Melipat Durian Crepe:
  1. Letakkan sekeping crepe di atas piring.
  2. Letakkan filling Whipping Cream ke atas kulit crepe tadi sebagai lapisan filling pertama.
  3. Kemudian letakkan filling kastard da nisi durian tadi di atas filling Whipping Cream sebagai lapisan filling ke dua.
  4. Lipat secara cermat seperti kita melipat sampul surat, buat sehingga habis.
  5. Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin.

#2 - Resepi kek durian crepe/mille (Murni Rahmat)
Resepi, Resepi Durian Crepe, Resepi Kek Durian Crepe,
Resepi Kek Durian Crepe
Bahan-bahan:
  • 2 cawan+sesudu penuh tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1 sudu gula
  • Pewarna makanan-kuning la cantik
  • 3 biji telur gred A-kalau kecil tambah lg 1
  • Garam
  • Setengah cawan minyak jagung/kelapa
  • Seulas durian/perisa durian

Cara-Cara:
  1. Kisar semua bahan lebih kurang 5 minit,tapis dan biarkan kira-kira 15 minit atau sehingga buih-buih dah tiada.
  2. Panaskan kuali yang tidak melekat, sapu minyak masak dengan tisu.
  3. Tuang sesenduk bancuhan dan lenggang2kan kuali sampai dapat bentuk bulat. Mesti buat nipis2 ye. Kalau tak nanti tak jadi crepe, jadi lempeng durian.
  4. Api mesti kecil. Kalau api besar nanti crepe tu akan berlubang2 halus.
  5. Bahagian atas yang tak kena api tu akan jadi bahagian kulit luar ye.
  6. Crepe ini tak perlu dibalikkan sewaktu masak diatas kuali.
  7. Masak dalam 2 minit sudah cukup.
  8. Api wajib kecil, kalau boleh, masa bancuhan sentuh kuali, bunyi dia slowww je. Kalau bunyi kuat, confirm tebal.hihi

Resepi inti:
  • Krim- yang non dairy
  • Isi durian
  • Susu pekat manis

Cara-Cara:
  1. Gaulkan isi durian dengan susu, tiada sukatan,kalau suka manis boleh letak banyak susu. Gaul sampai sebati-akan jadi macam paste/jem.
  2. Pukul krim yang sejuk sampai gebu.
Cara Buat Durian Crepe:
  1. Sudukan atas crepe
  2. Tambah isi durian
  3. Bungkus mcm nk buat popia. 

#3 - Resepi Durian Crepe (Tahrunnisah Jali)
Resepi, Resepi Durian Crepe, Resepi Kek Durian Crepe,
Resepi Durian Crepe
Bahan-Bahan: Kulit/Crepe (18-20 keping)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung ubi kentang
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 1/2 sudu besar tepung hong kong
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 biji telur saiz B
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 3/4 cawan air (210ml)
  • 1/2 cawan susu segar (130ml)
  • Sedikit esen vanila
  • Beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk (isi sikit sahaja)




Bahan Untuk Filling Kastard + Durian:

  • 2 sudu besar gula
  • 20 gm tepung kastard
  • 250 ml susu segar
  • 2 biji kuning telur
  • Isi durian yang dihancurkan
  • Filling Whipping Cream
  • 500gm whipping cream
  • 2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)
Cara-Cara:
Kulit/Crepe (cara nak mendapatkan crepe yang nipis)
  1. Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu.
  2. Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan sahaja kemudian tapis.
  3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana. Sapu sikit pan dengan minyak. Apabila pan sudah panas, angkat sebentar dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan. Lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan. Kemudian letak semula atas dapur. Tidak perlu lama untuk mengelakkan hangus. Kulitnya tidak perlu diterbalikkan kerana ianya nipis.
  4. Ulangi sehingga habis. Boleh ditindih-tindih kulitnya.

Cara Buat Filling Kastard + Durian:
  1. Dalam periuk non stick, masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telur, dan susu segar dalam 4 sudu dahulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi.
  2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. Tutup api dan sejukkan kastard filling.
  3. Isi durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag.
  4. Masukkan ke dalam peti ais supaya ia tidak cair.

Cara Buat Filling Whipping Cream:
  1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream tawar. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam piping bag dan letak di dalam peti ais sekejap supaya tidak mencair.

Cara Untuk “membantalkan durian crepe”:
  1. Sediakan kulit, letak whipping cream dahulu, kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.
  2. Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal.
  3. Sudah siap, masukkan ke dalam peti ais dalam sejam atau dua jam supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru kluar dari peti ais keras, biar pada suhu bilik dahulu (tidak lembut tidak keras sangat) dan boleh dimakan. 

#4 – Resepi Durian Crepe Rasa Macam Ais Cream (Yatie Zuhdi)
Resepi, Resepi Durian Crepe, Resepi Kek Durian Crepe,
Resepi Durian Crepe Rasa Macam Ais Cream
Bahan-Bahan:
  • 6sb tepung gandum
  • 6sb tepung ubi
  • 3sb tepung jagung
  • 2sb tepung kastard
  • 2biji telur+ 2biji telurkuning saja
  • 1cawan susu cair (suam)
  • 2cawan air
  • Secubit garam
  • 1sk pewarna kuning
  • 2sb minyak
  • 1sk creamy vanila/esen vanila
  • 2sb gula

*kacau semua bahan-bahan ini sekali . Sampai tak berketul . Lepas tu tapis . Ok siap. Panaskan pan, kemudian lenggang-lenggangkan.

Bahan-Bahan Filling:
  • 2cawan Whipping cream non dairy
  • 5sb aiskrim vanila
  • 1cawan whipping cream
  • 3sb susu

*mixer ja semua sekali sampai gebu

#5 – Resepi Durian Crepe (Kak Azlita)
Resepi, Resepi Durian Crepe, Resepi Kek Durian Crepe,
Resepi Durian Crepe
Bahan-Bahan:
  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 500 ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna kuning / hijau

Cara-Cara Buat Kulit Crepe:
  1. Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
  2. Kacau rata
  3. Masukkan dalam blender dan kisar
  4. Kemudian tapis
  5. Sediakan kuali leper (tidak melekat) untuk membuat crepe
  6. Panaskan hingga kuali benar-benar panas
  7. Sapukan sedikit minyak pada kuali, kemudian kecilkan api
  8. Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
  9. Adunan tak perlu di balikkan
  10. Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat. Buat sehingga habis
  11. Biarkan sejuk

Bahan-Bahan Untuk Isi Durian Crepe (Filling):
  • 1 cawan Non dairy Whipping Cream
  • Isi durian secukupnya

 Cara-Cara:
  1. Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
  2. Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Cara Buat / Lipat Durian Crepe:
  1. Bentangkan 1 keping crepe
  2. Letakkan Whipping Cream di tengahnya
  3. Letakkan isi durian
  4. Tutupkan semula dengan Whipping Cream
  5. Lipatlah crepe sekreatif mungkin
  6. Kemudian simpan dalam peti ais sebentar dan bila sudah sejuk, anda bedal dulu 2,3 biji – sebab sedap sangat, tidak sanggup untuk berkongsi!



#6 – Resepi Durian Crepe (Azlina Ina Fan)
Resepi, Resepi Durian Crepe, Resepi Kek Durian Crepe,
Resepi Durian Crepe Nipis Dan Kilat
Bahan-Bahan untuk crepe:
  • 3 sb tepung gandum
  • 3 sb tepung ubi
  • 1 1/2 sb tepung jagung
  • 1 sb tepung custard
  • 1/2 cawan susu segar bagi suam
  • 3/4 cawan air paip
  • 1 sk pewarne kuning lemon
  • 1 biji telur semua dan 1 bijik lg kuning sahaja(so dua)
  • Sedikit garam dan esen vanila
  • 1 sb gule halus
  • 1 sb minyak
*Ok whisk kan semua dan tapis

Bahan-Bahan untuk Isi Crepe:
  • Isi durian asli yang telah dileraikan dari biji
  • 1 cawan Whipping cream jenis non dairy (putar sampai jadi gebu putih, kemudian asingkan letak dalam peti ais)

Cara-Cara :
  1. Panaskan pan, bila dah panas angkat pan jangan tuang masa die dekat api nanti permukaan dia tidak berkilat kadang-kadang ada gelembung2 udara so angkat jauh kan dr api tuang adunan dan lenggang kan. Pan tu goyang-goyang sedikit ok dah rata letak atas dapur tadi dan biar ada gelembung2 pd crepe maksudnya sudah masak dan tebalikkan terus atas pinggan
  2. Cara melipat bahagian yang tak kilat (huduh sikit) kat dalam. Letakkan isi crepe, kemudian lipat atas bawah dan kiri kanan seperti lipat kain. Kemudian, susun cantik-cantik.
  3. Masuk peti beku 30 mnt dan potong, ready untuk dimakan.
Semoga berjaya.



1 comment:

  1. tk pernh buat sdiri..slalunya order je...lamanya tk mkn

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊