LANGIT BIRU PAGI HARI DI BANDAR DESARU UTAMA JOHOR.

Assalamualaikum wbt,

Pagi tadi seperti biasa, mommy bersiap untuk pergi ke pejabat. Seawal jam enam pagi, mommy dan kawan-kawan menunggu di depan pagar rumah menanti kedatangan pemandu. Setengah jam pertama, kami masih lagi menanti dengan sabar. Setengah jam kedua, kebosanan datang melanda.

Biasanya jam enam pagi, kami dah bertolak ke pejabat yang mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai. Disebabkan oleh kelewatan pemandu dan tayar van pancit, jadi mommy ambil gambar berselfie dengan housemate.

Ya Allah, lawa betul langit pagi tadi. Bertambah lawa bila ada mommy. keke

Mommy pinjam handphone oppo housemate untuk snap gambar. Subhanallah, serius lawa giler langit pagi tadi.





Fokus gambar langit ye semua, jangan fokus muka mommy. keke

Rahsia glowing macam tu mommy guna moisturizer spf50 youth dan juga camera oppo.

10 Comments

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊