Monday, 11 March 2019

APA ITU PENYAKIT BRONCHOPNEUMONIA

Assalamualaikum wbt,

APA ITU PENYAKIT BRONCHOPNEUMONIA?


Bronchopneumonia atau bronkopneumonia adalah jenis pneumonia yang mempengaruhi bronkus dan alveolus. Bronkus adalah saluran udara yang memastikan udara masuk dengan baik dari trakea ke alveolus. Sementara itu, alveolus adalah kantong udara kecil yang berfungsi sebagai tempat pertukaran oksigen dan karbon dioksida.



Bronkopneumonia dikenalpasti dengan keradangan yang menyerang saluran udara. Oleh karena itu, seseorang yang mengalami penyakit ini dapat merasa sulit bernafas atau sesak nafas kerana paru-paru mereka tidak mendapatkan bekalan udara yang cukup.

Siapakah yang biasa diserang penyakit bronchopneumonia?

Bronchopneumonia biasanya menyerang dan terjadi kepada kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah. Ini kerana pada usia ini, kanak-kanak memiliki imuniti yang rendah dan jika berlaku infeksi, ia boleh menyebabkan kematian.

Beberapa tanda dan gejala bronchopneumonia adalah:

  • Demam
  • Batuk berkahak
  • Sakit kepala
  • Nyeri otot
  • Lemas, lesu, dan tidak bertenaga
  • Sesak nafas
  • Ngeri atau sakit di daerah dada ketika batuk atau bernafas dalam-dalam
  • Berpeluh berlebihan
  • Nafas cepat atau laju
  • Denyutan jantung laju
Untuk dapatkan info lebih lanjut, anda boleh terus ke link sumber di bawah naa.




Gambar ehsan google

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊