6 Cabaran Ketika Hamil

6 Cabaran Ketika Hamil.

Assalamualaikum wbt,

Setiap wanita yang diberi kesempatan untuk hamil pasti merasai cabaran-cabaran yang mungkin tidak pernah dilalui sebelum hamil. Kak wawa nak kongsikan 7 cabaran ketika hamil, mungkin ia tidak menggembirakan namun ia adalah sebuah perjalanan yang patut kita hargai menjadi seorang ibu hamil. Kan?

Siapa friend kak wawa pernah alami cabaran ketika hamil ni? Jom kita cek sama-sama.

6 CABARAN KETIKA HAMIL

1. Kekejangan kaki

Biasanya ramai ibu hamil memanggil "tarik mengkarung", kaki cramp. Biasanya ia berlaku pada lewat kehamilan seperti semester kedua dan ketiga dan ia juga berlaku pada waktu malam. Kekejangan kaki berlaku disebabkan oleh ibu terlampau banyak berjalan dan kekurangan nutrisi kalsium. Jadi, kak wawa nasihatkan supaya ketika hamil pastikan nutrisi kalsium cukup untuk ibu dan bayi.


2. Berat Badan Berlebihan

Ketika hamil, ibu seringkali menjadikan alasan "baby lapar" ketika waktu makan. Membolehkan ibu untuk makan secara berlebihan. Tahukah anda, ibu hamil perlukan nutrisi yang lengkap bagi membantu pertumbuhan bayi dengan sempurna. Jadi, pengambilan makanan yang sihat secara kerap membantu ibu mengawal berat badan naik secara mendadak. Di awal kehamilan, elakkan minum atau makan makanan yang manis, ini kerana kandungan gula berlebihan dalam  badan boleh menyebabkan berat ibu meningkat dengan cepat. 

Maklum sajalah, ketika hamil ibu tidak digalakkan bersenam kan? Bila makan tapa bersenam, kesannya pastilah pertambahan berat badan.


3. Keguguran Rambut

Ketika hamil, kita seharusnya kena faham bahawa berlaku perubahan hormon dalam badan. Ini menyebabkan berlakunya keguguran rambut. Bagi kak wawa, untuk elakkan rambut gugur gunakan syampu yang bersesuaian dan conditioner yang sesuai.


4. Perubahan Emosi

Ketika hamil, para suami harus memainkan peranan paling penting terhadap isteri. Anda perlu lebih peka dengan perubahan emosi ibu hamil. Perubahan emosi ini disebabkan oleh peningkatan harmin, tekanan dan keletihan yang dialami.


5. Jisim Tulang Berkurangan

Ketika hamil, ibu memerlukan lebih banyak kalsium daripada sebelum hamil. Ini kerana ibu hamil terpaksa berkongsi kalsium dengan bayi dalam kandungan dimana ia perlu untuk pembentukan tulang, gigi dan lain-lain. Jika tidak diambil kalsium yang cukup, ia boleh menjejaskan kesihatan tulang ibu hamil. Kesannya di masa akan datang kepada ibu, gigi mudah rapuh, tulang mudah rapuh.


6. Mabuk Hamil

Mabuk ketika hamil sudah menjadi sinonim pada sesetengah wanita, namun ada juga yang tidak mengalami mabuk hamil ketika hamil contohnya seperti kak wawa. Alhamdulillah, sepanjang hamil 34 minggu ini, kak wawa langsung tak alami cabaran mabuk hamil.

Namun, ia agak sukar kepada ibu-ibu yang mengalami mabuk hamil kerana ia sedikitsebanyak mengganggu urusan harian ibu tersebut. Biasanya, mabuk hamil hanya berlaku diawal trimester pertama. Bagi mengelakkan keadaan ini berterusan, ibu hamil boleh mengunyah vitamin c chewable dari produk shaklee yang banyak membantu mengurangkan mabuk hamil ini.


6 Cabaran ketika hamil, semestinya lebih banyak lagi cabaran yang dilalui oleh seorang ibu hamil. Ini kerana, setiap orang memiliki cabaran dan pengalaman yang berbeza-beza. Namun, jika ada diantara 6 cabaran ketika hamil ini anda alami, bolehlah kenal pasti dan atasi supaya dapat dikurangkan cabaran tersebut. Kan?

Kak wawa doakan semoga kandungan kalian sihat dan selamat bersalin dan dipermudahkan urusan sehingga membesar baby kalian. Aaminn.

1 comment:

Aeinna Musa said...

aameen atas doa wawa;) semoga dipermudahkan juga wawa melahirkan anak syurga pertama tak lama lagi