Assalamualaikum wbt,
Manfaat Pengambilan Vitamin Dan Mineral Ketika Hamil | Ketika hamil adakah perlu saya mengambil supplemen atau vitamin dan mineral? Jika ya, apakah manfaat untuk saya mengambil vitamin dan mineral ketika hamil?
Kenapa Ibu Hamil Perlu Ambil Vitamin dan Mineral |
Ya, vitamin dan mineral memainkan peranan penting dalam membantu ketika proses perkembangan bayi dalam kandungan sejak awal kehamilan. Pengambilan diet harian ibu ketika hamil mungkin tidak mencukupi keperluan nutrisi untuk perkembangan bayi. Sebagai contoh, ramai dikalangan ibu hamil kurang gemar minum susu. Jadi, keperluan kalsium untuk perkembangan tulang, gigi dan sebagainya untuk bayi tidak mencukupi dan boleh menyebabkan tumbesaran terbantut.
Manfaat Pengambilan Vitamin Dan Mineral Ketika Hamil
1. Kalsium
Ibu hamil perlu mendapatkan kalsium sebanyak 800mg sehari. Kalsium diperlukan oleh ibu hamil untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat, juga perkembangan ritma jantung dan pembekuan darah bagi bayi yang dikandung.
Kalsium yang terbaik adalah perlu diambil bersama dengan vitamin D dan magnesium. Ia juga bagi membantu ibu dan bayi menyerap kalsium dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, pengambilan kalsium bersama magnesium dan vitamin D dapat membantu ibu hamil membuang dengan lebih mudah dan mengelakkan cramp (simpul biawak) ketika hamil.
Anda boleh dapatkan kalsium yang mengandungi magnesium dan vitamin D dalam Ostematrix shaklee. Jika tidak, anda boleh dapatkan sumber makanan kalsium melalui pemakanan harian:
- 200ml susu: 230mg
- 200ml susu kacang soya diperkaya: 273mg
- 1 karton kecil yogurt: 225mg
- 1 roti naan: 273mg
- 4 biji buah ara kering: 168mg
2. Magnesium
Ibu hamil memerlukan magnesium sebanyak 270mg sehari. Magnesium diperlukan oleh ibu hamil untuk membantu membina tulang dan gigi yang kuat, mengawal tahap insulin dan kandungan gula dalam darah, membina dan membaiki tisu-tisu.
Jika anda mengambil Ostematrix shaklee, jangan risau kerana magnesium memang terkandung di dalam ostematrix. Jika anda ingin mengambil dari sumber makanan harian, magnesium boleh didapati di dalam sumber makanan dibawah:
- 9 biji kacang Brazil: 123mg
- 2 1/2 sudu besar bayam: 44mg
- 2 1/2 sudu besar kacang bendi: 77mg
- 4 sudu besar nasi beras perang: 71mg
3. Asid Folic
Ibu hamil perlu mengambil asid folic secara konsisten selama tiga bulan pertama di awal kehamilan. Jumlah pengambilan harian asid folic bagi ibu hamil sebanyak 300mcg dan ditambah dengan 400mcg supplemen asid folic.
Asid folic sangat penting diambil pada tiga bulan pertama kehamilan, ini kerana ia diperlukan oleh bayi dalam kandungan. Asid Folic adalah bahagian penting dalam cecair spinal dan membantu menutup tiub di mana terletaknya sistem saraf tunjang; juga membantu mensintesis DNA dan menormalkan fungsi otak.
Anda juga boleh mengambil asid folic melalui sumber makanan harian iaitu:
- Setengah cawan kacang lentil masak: 179mcg
- 7 sudu besar kepingan bran: 113mcg
- 1 biji pisang sederhana besar: 20mcg
- 2 tangkai brokoli: 61mcg
- sebiji oren bersaiz besar: 54mcg
4. Zat Besi
Pengambilan Zat Besi oleh ibu hamil sangat penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Jumlah pengambilan harian adalah sebanyak 14.8mg. Zat Besi berperanan sebagai membuat sel-sel darah merah, membekalkan oksigen kepada sel-sel untuk tenaga dan tumbesaran, dan membina tulang dan gigi.
Zat Besi boleh didapati di dalam pemakanan harian yang digabungkan dari sumber haiwan dan tumbuhan. Ia terdiri daripada:
- 85g daging batang pinang, kira-kira 2.4mg
- 4 sudu besar kacang kuda dimasak: 2.2mg
- 3 sudu besar daun bawang: 1mg
- 7 sudu besar kepingan bran: 9mg
- 1/2 tin besar kacang panggang: 2.8mg
- 85g daging tanpa lemak: 2.4mg
- 2 1/2 sudu besar kacang pis beku: 1.1mg
5. Kromium
Ibu hamil perlu mengambil Kromium dalam diet harian untuk memberi manfaat kepada bayi dalam kandungan. Kromiun diperlukan oleh ibu hamil kerana membantu mengawal tahap gula dalam darah; merangsang sintesis protein dalam tisu-tisu yang sedang terbina.
Anda juga boleh dapatkan Kromium dalam diet pemakanan harian iaitu:
- 85g ayam panggang tanpa kulit: 22mcg
- 1 keping roti bijian penuh: 16mcg
6. Tembaga
Ketika hamil, Tembaga diperlukan sebanyak 1.2mg. Pengambilan mineral Tembaga ketika hamil memberi manfaat kepada bayi anda. Ia membantu pembentukan jantung, rangka dan sistem saraf, arteri dan saluran darah.
Tembaga boleh didapati dalam diet pemakanan harian anda juga iaitu:
- 150g (1 cawan) kacang lentil hijau/perang: 0.50mg
- 100g (4 sudu besar) kacang merah: 0.24mg
- sebiji mangga: 0.25mg
7. Fluorida
Pengambilan Fluorida oleh ibu hamil ketika 10 minggu kehamilan pertama dapat memberi manfaat kepada bayi anda. Fluorida diperlukan apabila gigi mula terbentuk pada minggu ke-10; kemudian, dalam trimester kedua dan ketiga, diperlukan untuk pembentukan gigi kacip utama, geraham dan gigi kekal.
Fluorida boleh diambil dalam diet harian anda melalui sumber:
- Air (air paip di Malaysia diperkuat dengan fluorida)
- Juga, 1 cawan kale yang telah dimasak: 0.205mg
- 1 biji epal sederhana besar: 0.093mg
8. Iodin
Pengambilan Iodin diperlukan oleh ibu hamil sebanyak 140mcg. Iodin diperlukan untuk memberi manfaat ada bayi membantu mengawal metabolisma, membantu perkembangan sistem saraf.
Iodin boleh diambil melalui pemakanan harian iaitu:
- Garam biasa beriodin
- ikan
- rumpai laut
- susu
- produk tenusu
- juga dalam air minuman berfluorida
9. Mangan
Mangan diperlukan oleh ibu hamil untuk memberi manfaat pada bayi supaya membantu perkembangan tulang dan pankreas dan pengsintesisan lemak dan karbohidrat.
Mangan juga boleh didapati melalui sumber makanan:
- 170g nasi beras merah: 6.93mg
- 1 cawan bubur: 0.95mg
- 175g kacang hitam dimasak: 0.76mg
10. Asid Pantotenik
Asid Pantotenik perlu diambil ketika hamil untuk memberi manfaat kepada bayi dalam kandungan. Ia bermanfaat dalam mengawal aktiviti adrenal, penghasilan antibodi, tumbesaran dan metabolisma protein dan lemak.
Asid Pantotenik boleh didapati melalui diet pemakanan harian iaitu:
- 1 biji telur rebus bersaiz sederhana: 1.1mg
- 1/2 avokado bersaiz sederhana: 1.1mg
- 1 cawan susu: 1mg
11. Fosforus
Ketika awal kehamilan, Fosforus amat diperlukan oleh ibu hamil untuk perkembangan bayi anda. Fosforus yang diperlukan oleh ibu hamil adalah sebanyak 550mg. Fosforus memberi manfaat kepada bayi dalam membina tulang dan gigi yang kuat; menghasilkan pembekuan darah dan ritma jantung yang normal.
Fosforus boleh didapati melalui sumber makanan:
- 85g ikan salmon dalam tin (termasuk tulangnya): 279mg
- 175g kacang pinto dimasak: 273mg; 1 cawan susu: 247mg
- 175g kacang hitam dimasak: 241mg
12. Potasium
Pengambilan Potasium untuk ibu hamil adalah sebanyak 3500mg. Ia bermanfaat kepada bayi dalam Membantu aktiviti otot dan kontraksi, metabolisma tenaga dan fungsi saraf.
Potasium boleh diambil dalam diet pemakanan harian anda iaitu:
- 1 kentang jaket bersaiz sederhana: 844.4mg
- 240ml jus prun: 706.6mg
- 1 cawan kismis: 575mg
- 10 biji aprikot kering: 482mg
13. Riboflavin
Riboflavin diperlukan oleh ibu hamil sebanyak 1.14mg sehari. Ia memberi manfaat kepada bayi dalam kandungan anda bagi menggalakkan tumbesaran, penglihatan yang baik dan kulit yang sihat. Penting untuk tulang, otot dan perkembangan saraf bayi anda.
Riboflavin boleh didapati dalam sumber makanan:
- 1 cawan yogurt: 0.5mg
- 85g daging itik tanpa kulit: 0.4mg
- 1/2 cawan cendawan rebus: 0.2mg
- 1/2 cawan keju rikota: 0.2mg
14. Thiamin
Pengambilan Thiamin sebanyak 0.9mg diperlukan oleh ibu hamil. Ini kerana memberi manfaat kepada bayi dalam kandungan. Thiamin membantu menukar karbohidrat kepada tenaga; penting untuk perkembangan otak. Juga membantu perkembangan jantung dan sistem saraf.
Thiamin boleh didapati dalam diet pemakanan harian iaitu:
- sekeping roti naan: 0.32mg
- 1 sudu besar Marmite: 0.46mg
15. Vitamin A
Ibu hamil memerlukan 700mcg setiap hari. Ia berperanan penting untuk perkembangan bayi. Vitamin A penting untuk tumbesaran sel, perkembangan mata, kulit dan membran mukus yang sihat, melawan jangkitan, perkembangan tulang, metabolisma lemak dan penghasilan sel darah merah.
Vitamin A boleh didapati dalam diet pemakanan harian seperti:
- 180ml jus lobak merah dalam tin: 4,738 RE
- 1 keledek bakar: 2,488 RE
- 1 lobak merah mentah: 2,025.4 RE
- 1 cawan tembikai: 515.2 RE
16. Vitamin B6
Vitamin B6 diperlukan oleh ibu hamil sebanyak 0.96mg setiap hari. Ia membantu dalam metabolisma protein, lemak dan karbohidrat. Membantu membentuk sel-sel darah merah baru dan dalam perkembangan otak dan sistem saraf.
Pengambilan Vitamin B6 boleh didapati dalam pemakanan harian anda:
- 1 biji pisang bersaiz sederhana: 0.7mg
- 1 kentang jaket bersaiz sederhana: 0.7mg
- 1 cawan kacang kuda: 0.6mg
- 85g dada ayam: 0.5mg
17. Vitamin C
Pengambilan Vitamin C penting oleh ibu hamil. Ia memberi manfaat terhadap bayi dalam kandungan. Vitamin C penting untuk membaiki tisu-tisu dan penghasilan kolagen. Membantu tumbesaran yang elok dan menguatkan tulang dan gigi.
Sumber makanan bagi Vitamin C adalah:
- 240ml jus oren: 124mg
- 1 cawan strawberi: 84.5mg
- 2 tangkai brokoli: 32mg
- 2 biji tomato: 30mg
18. Vitamin D
Ibu hamil memerlukan Vitamin D untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Vitamin D bermanfaat membantu membina tulang dan gigi bayi anda.
Sumber makanan bagi Vitamin D adalah:
- 1 keping stik salmon: 0.22mg
- 200ml susu: 0.08mg
- 2 filet ikan plais (ikan sebelah): 0.36mg
19. Zink
Zink sangat penting untuk diambil oleh ibu hamil kerana memberi manfaat terhadap bayi dalam kandungan. Zink membantu membentuk organ-organ, rangka, saraf dan sistem peredaran.
Sumber makanan bagi Zink adalah:
- 2 kepingan tebal daging lembu/kambing: 4.6mg
- 30g biji bunga matahari: 1.5mg
- 1/2 tin kecil tuna: 1mg
Sumber : Babycenter
Ini adalah antara manfaat pengambilan vitamin dan mineral oleh ibu hamil terhadap bayi di dalam kandungan anda. Pemakan harian ibu hamil mempengaruhi pembentukan dan perkembangan bayi yang sihat di dalam kandungan lagi. Jadi, sebagai ibu yang prihatin terhadap anak dalam kandungan, perlulah mengambil kira dan langkah penjagaan pemakanan yang seimbang dan sihat supaya bayi anda juga berkembang dan membesar dengan sihat dan sempurna. InsyaAllah.
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊