My Pregnancy Journey Part 11 : Reaksi Suami Bila Doktor Bagitahu Jantina Anak

Apa Reaksi Suami Bila Doktor Bagitahu Jantina Anak?

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, 21 Ogos 2018 yang lalu genap usia kandungan kak wawa 7 bulan 1 minggu atau 29 minggu. Orang kata usia 7 bulan ni adalah kemuncak waktu check up baby, di mana kak wawa kena jumpa doktor untuk scan dan lihat perkembangan baby. 

Sebenarnya, kami tak beria untuk scan di klinik swasta memandangkan ramai yang tekak baby kak wawa gigirl. Balik bercuti hari tu pun, mak bidan bagitahu gigirl jugak. So, kami decide kita tunggu je la yang kerajaan punya untuk scan. Lagipun, kami tak tahu juga apa yang nak di tengok di screen nanti. haha

Walaupun doktor duk bercerita itu ini, kak wawa tetap nampak kat screen tu sama. Doktor bagitahu, ni kepala, ini kaki, ini tangan, ini perut, ini air ketuban dan lain-lain. Kami suami isteri cuma menjawab, owh, emmm, ok. Hahaha (sebab tak tahu nak respon macam mana)

Kak wawa sure, mesti doktor tu cakap " ehh, peliklah pasangan suami isteri ni. macam tak excited je bila tengok anak dia". haha

cutenyaa


Bukan tak excited, tapi sebab kami tak boleh nak beza gambaran yang doktor bagitau dengan screen. Kita jadi blurr laa kan.

Sebelum ni, ramai yang cakap doktor kerajaan biasanya scan nak tahu perkembangan baby je waktu 28 weeks ni. Kebanyakan doktor tak kan bagitahu jantina anak dekat kita. So, kita kena buat 2D, 3D atau 4D kat luar laa untuk sahkan jantina anak uols.

Kami beruntung sangat, sebab doktor yang offer kat kami. Nak tahu jantina anak tak? kak wawa just jawab, emm boleh jugak sebab memang tak jangka doktor tanya macam tu. Dah mungkin doktor fikir alang-alang scan kan. hihi

Alhamdulillah, rezeki kami Allah mudahkan untuk baby tunjuk dengan terang dan jelas beliau adalah gigirl, insyaAllah. hihi

Bila doktor bagitahu tu, kami pandang dan senyum je. hahaha. Sebenarnya, tak tahu nak respon macam mana depan doktor tu. kiki

Walau apa pun, kami bersyukur kerana semuanya dalam keadaan baik dan sihat. Kak wawa dan suami sebenarnya tak kisah pun jantina anak gigirl ke boboy, yang penting sihat sempurna. Amin

comelnyaa

Cuma tanggungjawab kami lebih besar laa dalam mendidik anak perempuan. Dan buatkan hati kak wawa cuak juga sebenarnya, macam mana nak hadapi keadaan dan cabaran di masa hadapan. Doakan kami semoga diberi kekuatan dan keimanan yang kukuh dalam mendidik anak kami menjadi insan yang bertaqwa, solehah dunia akhirat dan hafizah yang berpegang dengan alquran dan sunnah. Amin

2 comments:

PeRdU cINta said...

Aamin...insyaAllah boleh...

Cik Ash said...

semoga dipermudahkan buat wawa