My Pregnancy Journey Part 10 : 3 Peringkat Pemeriksaan Kehamilan

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar mami yang bakal bergelar ibu? Kak wawa doakan anda dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan dilindungi Allah swt setiap masa. Amin

Bila bercakap tentang hamil, pasti semua akan terus set dekat minda yang mana kita akan lalui 3 fasa iaitu fasa pertama (Trimester Pertama), fasa ke dua (Trimester Kedua) dan fasa ketiga (Trimester Ketiga).

Selepas disahkan hamil melalui urine pregnancy test dan berjumpa doktor, pasti kita sudah mengira berapa weeks usia kandungan. Betul kan? 


Apa yang perubahan yang akan berlaku pada ibu hamil di setiap trimester? Nak tahu, jom teruskan pembacaan anda.😊

Kita perlu lakukan rutin pemeriksaan selepas doktor arahkan untuk buat buku pink. 

1. Pada Minggu 1-12 (TRIMESTER PERTAMA)

Pada awal kehamilan, pelbagai masalah akan dialami oleh ibu hamil. Namun, ia bergantung kepada individu. 

Syukur kak wawa sujud pada Allah, kerana memberi kemudahan untuk kak wawa lalui fasa pertama tanpa alami sebarang alahan.

Masalah alahan yang sering dialami oleh ibu hamil di awal kehamilan adalah:

i. Rasa loya, muntah, tidak selesa dengan bau tertentu. Sekiranya ini berlaku secara berterusan, sila dapatkan nasihat doktor.

ii. Gatal-gatal bahagian kulit. Sekiranya ini berlaku, elakkan menggunakan sabun yang ada pewangi dan jika bertambah teruk sila dapatkan nasihat doktor.

Kak wawa mengalami alahan gatal-gatal bahagian kulit, alhamdulillah keadaan itu tak berpanjangan apabila kak wawa menggunakan  sabun mandi #shakleebaby yang mana bebas bahan pewarna, pewangi, paraben, bahan kimia dan sangat organik.

2. Pada Minggu 13- 27 (TRIMESTER KEDUA)

Pada trimester kedua, akan perlaku perubahan  Fisiologi dan hormon dalam badan. Ini akan meningkatkan risiko mendapat penyakit Hipertensi dan Diabetes semasa hamil.

Pada trimester kedua, ibu berusia 30 tahun keatas hamil kali pertama akan diberi minum air gula untuk mengenal pasti samada berisiko mendapat kencing manis atau tidak.

Pucat semasa hamil. Ini adalah kerana kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Ibu hamil perlu memastikan hb berada pada tahap 11.2 keatas pada setiap kali check up. Hb yang rendah berisiko menjejaskan kesihatan ibu dan pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Pengambilan makanan secara teratur dan tinggi zat besi (kerang, jambu batu, kacang bendi, peria etc) sangat perlu bagi memastikan bacaan hb anda stabil. Seterusnya dapat elakkan kekerapan ibu hamil untuk melakukan check up sebanyak 2x sebulan. Jikan hb cantik, ibu hamil hanya perlu lakukan pemeriksaan 1 kali sahaja sebulan.

Pada trimester kedua juga, ibu hamil perlu ambil pelalian anti-tetanus (ATT) untuk mencegah ibu dan bayi dari jangkitan tetanus. Jangkitan tetanus mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut. Sekiranya pertama kali hamil, ibu akan diberi 2 kali suntikan dan 1 kali suntikan untuk kehamilan seterusnya. Kesan dari kena pelalian ini menyebabkan tangan ibu akan merasa lenguh 1-2 hari dan ada juga sehingga 2 minggu.

Pemeriksaan gigi dan gusi sangat penting supaya kebersihan gigi ibu ketika hamil lebih bersih dan terjaga. Selain itu, ketika hamil gigi dan gusi mudah berdarah. 

3. Pada Minggu 29 - 40 (TRIMESTER KETIGA)

Pada trimester ketiga, pergerakan bayi dalam kandungan semakin kerap dan aktif. Pergerakan bayi adalah salah satu cara memastikan bayi sihat. Jika pergerakan bayi berubah dari biasa /kurang gerak / lemah, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Trimester ketiga menjadi persediaan kepada ibu hamil untuk memastikan kesihatan diri dan bayi sentiasa baik. Ini kerana pada usia ini, ibu berisiko mengalami kelahiran pramatang (tidak cukup bulan).

Siapa yang berisiko mendapat kelahiran pramatang (Tidak Cukup Bulan)?

Jika ibu mengalami masalah berikut:

1. Pernah mengalami kelahiran pramatang
2. Kandungan lebih dari satu
3. Rahim dan serviks yang luar biasa
4. Kandungan yang mempunyai komplikasi seperti hipertensi dan uri dibawah
5. Kurang sokongan sosial
6. Pengambilan alkohol, dadah dan merokok semasa hamil
7. Jangkitan dalam rahim
8. Kecacatan bayi dalam kandungan

Pada usia kandungan mencecah trimester ketiga, ibu perlu membuat persediaan untuk bersalin. 

Persediaan Untuk Bersalin:

1. Tanda Bersalin
• Lendir bercampur darah keluar dari faraj
• Sakit perut seperti hendak buang air besar
• Sakit pada bahagian pinggang
• Pecah air mentuban
• Sakit semakin kerap dan tempoh sakit semakin panjang

2. Tempat yang sesuai untuk bersalin
• Tempat yang sesuai untuk ibu bersalin dengan selamat adalah tempat yang mempunyai anggota kesihatan yang terlatih, kemudahan yang lengkap, bersih dan selamat.

3. Teknik Pernafasan Semasa Bersalin
• Terdapat teknik pernafasan semasa bersalin yang merangkumi 3 langkah :

i. Apabila terasa kontraksi akan berlaku, cuba bertenang dan rehatkan otot pada bahu, muka dan tangan.

ii. Apabila kontraksi bermula, tarik nafas melalui hidung sedalam mungkin secara perlahan-lahan menggunakan otot perut dan lepaskan melalui mulut untuk menghilangkan rasa sakit.

iii. Apabila kontraksi memuncak, tarik dan lepaskan nafas melalui mulut secara pendek (shallow breath).

Sumber : Buku hamil kk

1 comment:

vitamin Syaza said...

semoga mudah semuanya kak wawa :)