Doa Amalan Ibu Mengandung Wajib Baca

Assalamualaikum wbt,

Doa Amalan Ibu Mengandung Wajib Baca. Kenapa wajib? Sebab kita nak anak kita jadi yang terbaik, soleh, solehah, hafiz, hafizah, sihat, sempurna fizikal dan akal, terpelihara dan sebagainya kan. Doa dan amalan ni snagat bagus untuk ibu-ibu mengandung amalkan.

1. SAYYIDUL ISTIGHFAR



Kelebihan Amal Sayyidul Istighfar,

"Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga." ( riwayat Imam al-Bukhari ).

Kelebihan lain,

1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)

4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)

5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)


2. DOA ALLAH PELIHARA KANDUNGAN


3. DOA AGAR ALLAH MENJAGA DAN MEMELIHARA ANAK DALAM KANDUNGAN


4. DOA SUPAYA MUDAH BERSALIN SECARA NORMAL


5. DOA PERLINDUNGAN BUAT ANAK DARI GANGGUAN SYAITAN

6. DOA MENGELAKKAN KECACATAN BAYI

Sesungguhnya kita sebagai hambaNya yang lemah, tidak mampu melakukan apa-apa dengan izin Allah swt. Kita tak dapat kawal apa yang nak terjadi dalam perut kita kan. Apa yang kita boleh buat, sentiasa berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat kita.

Kredit page 9 Bulan 10 Hari sharing doa-doa yang menjadi amalan semua ibu ketika hami.

1 comment:

ejulz said...

terima kasih. boleh share kat wife ni :)