Apa Itu OCD?

Apa Itu OCD? Obsessive Compulsive Disorder (OCD)



Assalamualaikum wbt,

Beberapa hari lepas, kak wawa ada baca status seorang kawan yang katanya anak dia berumur 5 tahun dan sangat pembersih, pengemas dan teliti orangnya. Pinggan mangkuk dalam sinki tak perlu suruh, kalau ada pasti licin. Bila mintak susun barang ibunya, dia akan susun sangat cantik, tak macam budak umur 5 tahun pun. Selepas kawan fesbuk kak wawa share tentang anak dia kat suami ni, terus suaminya kata ke anaknya ada OCD.

First time dengar perkataan OCD, serius kak wawa memang tak pernah dengar. haha. Jenuh mencari dan bertanya, apa maksud OCD ni. status inilah yang buatkan kak wawa buat sedikit pembacaan untuk tahu, apa sebenarnya OCD ni.


Semalam kak wawa sempat bersembang dengan ofismate time waktu solat jumaat tentang orang OCD ni. Selepas diterangkan sedikit dari mereka, fahamlah kak wawa bahawa orang yang OCD ni ada sejenis penyakit yang terlebih-lebih risau.

Bila diingat kembali, mungkin kak wawa juga pernah alami masalah ini sewaktu sekolah rendah dahulu. Kak wawa jenis suka tempat yang kemas dan tak boleh orang sentuh barang kita. Pernah sekali tu, kak wawa susun buku, sikat, bedak atas almari yang ada cermin. Kak wawa boleh ingat macam mana keadaan kak wawa susun. Dan bila balik rumah, tengok tempat yang kak wawa letak tu berubah dan boleh menyebabkan kak wawa merajuk dan mengamuk. haha

Kita boleh ingat macam mana kita susun, kedudukan asal dan sebagainya. Seboleh mungkin tak suka orang sentuh barang kita sebab orang akan letak ikut dan je kan. Alhamdulillah, keadaan tu berubah kak wawa tak sedar bila. Sekarang ni ok je laa orang nak ambil ke apa. hik2

Jom kita kenali apa itu penyakit OCD.

Apa Itu OCD? Obsessive Compulsive Disorder (OCD)

Apa itu OCD, Apa maksud OCD, Info Penyakit, OCD, Obsessive Compulsive Disorder
sumber google



OCD atau Obsessive Compulsive Disorder  ialah penyakit mental yang berpunca daripada masalah genetik dan komposisi kimia otak yang berlainan, menyebabkan penghidapnya mempunyai masalah dalam mengawal pemikirannya sendiri. 


Obsesif Kompulsif (OCD)

Ciri-Ciri OCD


Sebelum seseorang individu dilabelkan mengidap OCD, mereka perlu menepati criteria seperti berikut:-
  • orang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.
  • Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.
  • Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibaut-buat tetapi datang dari luar ‘ego alien’ pada dirinya.
  • Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku.
  • Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.
Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada:-
  1. Was-was
  2. Kebersihan
  3. Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness)
Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.
Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah.
Individu yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya sering berkeadaan seperti:-
  • Kemurungan
  • Sedih
  • Kurang selesa
  • Cepat letih
  • Berat badan menurun
  • Cepat marah
  • Tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan.

Sekiranya pesakit berhadapan dengan konflik, symptom OCD ini boleh berubah dari segi keterukannya dimana ia boleh menjadi lebih serius.
Bagaimanapun, sekiranya masalah atau konflik yang dihadapi dapat diatasi dengan cara yang baik, symptom-simptom ini akan berkurangan.
Adakalanya symptom-simptom yang terdapat pada OCD boleh didapati pada penderita-penderita penyakit mental lain seperti skizofrenia, manik depresif, psikosis, kemurungan, penyakit mental organic dan lain-lain.
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Risiko Seseorang Mendapat OCD
  1. Genetik – ( Keturunan ) Ahli keluarga yang mungkin mempunyai sejarah penyakit ini meningkatkan lagi risiko OCD.
  2. Organik- Masalah organic seperti lesi dibahagian-bahagian tertentu otak juga merupakan satu factor bagi OCD. Masalah saraf seperti yang disebabkan oleh meningitis dan enkefalitis juga adalah salah satu penyebab OCD.
  3. Personaliti – Mereka yang mempunyai personality obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki personality ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur dan tidak mudah mengalah.
  4. Pengalaman lalu – Pengalaman masa lalu / lampau juga muda mencorakkan kaedah seseorang menangani masalah diantaranya dengan menunjukkan symptom OCD.
  5. Konflik – Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berpunca daripada apa juga masalah hidup.
Contohnya hubungan antara suami-isteri, di tempat kerja, keyakinan diri, ketuhanan atau ada sahaja yang boleh mencetuskan konflik dalam diri. Namun konflik ini tidak dapat dileraikan dengan cara yang positif atau betul menyebabkan mereka berasa tertekan dengan konflik tersebut. Dengan erti kata lain, apa juga tekanan, peristiwa atau tragedy yang boleh mencetuskan tekanan akan menimbulkan symptom-simptom OCD.

Ciri-Ciri OCD

Dalam proses penyiasatan, doctor akan mengambil kira latar belakang dan sejarah pesakit termasuklah:-
  • Tempoh berlakunya masalah tersebut
  • Punca sebenar tercetusnya masalah
  • Tempat simptom OCD sama ada lebih ketara di rumah atau di pejabat
  • Keseriusan simptom sekiranya penderita menghadapi masalah.
  • Peringkat keterukan yang dihadapi.
Sekiranya pesakit menghadapi konflik atau tragedi yang serius, prognosis mereka biasanya lebih baik berbanding individu yang tidak diketahui punca penyebabnya.
Doktor perlu menentukan sama ada penyakit atau simptom OCD yang dialami pesakit bersifat primer atau sekunder penyakit mental yang lain.

Rawatan

Ubat-ubatan
Biasanya doctor akan memberi ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan pesakit. Ubat-ubatan ini juga berpotensi menghapuskan fikiran obsesional pesakit.
Adakalanya pesakit terpaksa mengamalkan ubat-ubatan ini dalam tempoh yang agak lama seperti dua hingga tiga tahun bergantung kepada tindakbalas.
Pendekatan psikologi
Pendekatan psikologi yang merangkumi psikoterapi kognitif dan psikoterapi tingkahlaku:-
  1. Psikoterapi kognitif – pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.
  2. Psikoterapi tingkah laku – Tetapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.
Bagaimanapun, sembuh atau tidak seseorang pesakit bergantung kepada:-
  • Keseriusan masalah yang dihadapi
  • Kerjasama dan patutnya terhadap rawatan yang diberi
  • Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.
  • Tempoh mengidap penyakit tersebut.
Pesakit juga perlu dibantu mengatasi masalah yang mereka hadapi sama ada masalah kewangan, perkahwinan, hubungan social atau sebagainya.

Malaysia Mental Health Association (MMHA)

Sumber

Apakah cara yang kita dapat bantu untuk selesaikan masalah orang yang mengidap OCD?


Dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang serta pengambilan supplemen Bcomplex dapat membantu mengatasi masalah OCD yang dihadapi oleh pesakit. Keistimewaan Bcomplex shaklee dapat memberi Ketenangan kepada individu terbabit bagi mengatasi masalah OCD yang dihadapi.


Info tentang Bcomplex shaklee disini.

Jika ingin dapatkan supplemen daripada kami, boleh berbuat demikian dengan hubungi kami seperti nombor yang tertera dibawah.

Hubungi kami: 

019-9966576 (Kak Wawa)

BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Bandar Penawar
Pengeposan ke seluruh Malaysia

3 comments:

Shafyqah Azahar said...

pernah baca jugak pasal ocd ni

Sheila Adziz said...

nice sharing wawa... br tau pasal ocd ni

Kin Naz said...

Pernah kenal dengan orang yang hidap ocd ni masa belajar dulu. Setiap kali pegang sesuatu dia akan cuci tangan. Sikit-sikit cuci tangan. Pernah sekali dia cuci tangan dia dengan sabun dekat tempat ambik wudhuk. Kita yang tak perasan ni tempat tu agak licin terus jatuh. Bahaya jugak orang macamni. Obses sangat