9 Tanda-Tanda Kehamilan Di Minggu Pertama

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, syukur kepada  Alalh swt kerana masih memberi peluang kepada kita untuk terus menikmati kehidupan di dunia ini. Syukurlah pasti Allah tambah lagi nikmat kepada kita.

Siapa yang masih belum menimang cahaya mata? Siapa yang masih menanti cahaya mata? Bagi yang sudah memiliki anak, pasti sudah mengetahui tanda-tanda benar kehamilan pada minggu pertama. Namun, bagi anda yang masih bepum pernah memiliki cahaya mata, semestinya kita tidak tahu tanda-tanda bahawa kita sedang hamil. Betul kan?

Setiap kali masuk bulan baru, anda tertunggu-tunggu hari kedatangan bulan. Betul kan? Sebolehnya kita akan cakap pada diri, pleaseeee, tolonglah jangan datang bulan ini. hihi

Betul ke betul? Kak wawa juga begitu. Tapi hari ini anda teruskan bacaan, adakah tanda-tanda kehamilan ini ada pada diri anda. Kak wawa saja nak kongsikan dengan anda supaya tidaklah anda ternanti-nanti dan merasa kecewa jika belum Allah izinkan untuk anda hamil.

Nak tau dak ni? Hihi. Tanda-tanda kehamilan di minggu pertama ini kak wawa dapat dari youtube. Jom, kita cek bersama jika tarikh datang bulan anda sudah kelewatan seminggu atau hampir 3 minggu. 

9 Tanda-Tanda Kehamilan Di Minggu Pertama

9 Tanda-Tanda Kehamilan Di Minggu Pertama Tanda-Tanda dan Gejala Awal Kehamilan APA YANG TERJADI PADA MINGGU 1- 12 KEHAMILAN Tanda Kehamilan 2 Bulan Pertama yang Normal 9 Tanda tanda Awal Kehamilan di Semester Pertama tanda tanda mengandung 1 minggu  tanda tanda orang hamil 3 hari  tanda awal kehamilan 1 minggu setelah berhubungan  tanda tanda hamil 1 hari  tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur  tanda hamil 2 minggu  cara nak tahu hamil atau tidak  contoh tanda awal kehamilan pada kaki Tanda-Tanda Kehamilan 1 Minggu yang Harus Anda Ketahui Ketahui 13 Tanda-Tanda Awal Kehamilan Sebelum Buat Pengesaha 9 Tanda-Tanda Mengandung Yang Paling Jelas Seawal Minggu pengedar shaklee johor pengedar shaklee pengerang pengedar vivix johor pengedar vivix pengerang set kehamilan tanda-tanda badan sedang hamil pengedar aktif shaklee seluruh malaysia
Kredit : from google

1. Ukuran dada membesar salah satu tanda-tanda seorang wanital hamil. Ukuran dada membesar dari kebiasaan kerana berlaku peningkatan hormone progesterone dan esterogen. Malah, tekstur dada juga akan semakin lembut dan menyebabkan rasa sensitive yang tinggi dan jika disentuh akan terasa sakit. Selain itu, puting susu juga akan membesar, warna puting semakin gelap dan ditambah pula rasa gatal. Keadaan ini menyebabkan peningkatan aktiviti hormone HPL, untuk menghasilkan susu.

2. Terjadinya cramp dibahagian perut pada 8-10 hari selepas terjadinya ovulasi. Ada juga tempelan darah yang terjadi sebelum waktu menstruasi. Ini terjadi kerana implantasi dan juga disebut penampalan embrio didinding Rahim.

3. Mual dan muntah, hampir semua wanita akan mengalami mual dan muntah saat anda sedang hamil. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon di dalam aliran darah yang muncul tiba-tiba. Hormon ini dikenali HCG, dimana hormone ini meningkat di dalam air kencing. Jika air kencing wanita hamil di test pada alat ujian kehamilan dan terdapat hormone HCG ini, makan alat pregnant test akan menunjukkan tanda positif.

4. Pening dan sakit kepala. Faktor fizikal menyebabkan gangguan sakit kepala dan pening sewaktu awal kehamilan. Ini kerana disebabkan oleh rasa mual, lapar, tekanan darah rendah dan lesu. Selain itu, wanita hamil akan merasa ngantuk yang berlebihan.

5. Kerap buang air kecil. Keadaan ini berlaku peningkatan kitaran darah yang disebabkan oleh tekanan kandungan pada rahim.

6. Sering mengantuk. Pada waktu hamil, wanita cepat mengantuk dan lesu. Ini disebabkan oleh perubahan hormon.

7. Sering meludah. Ini terjadi disebabkan oleh perubahan hormon esterogen.

8. Sembelit. Hormon progesterone yang semakin meningkat akan menyebabkan rasa sembelit. Hormon ini juga mengendurkan otot-otot dinding usus dan otot rahim yang akhirnya terjadi sembelit.

9. Suhu Badan Meningkat. Perubahan suhu terjadi pada wanita sehingga berlaku ovulasi.

Jika ada tanda-tanda kehamilan ini pada anda, bolehlah buat pengesahan dengan doktor diklinik berdekatan anda. Pastikan menjaga pemakanan dan tidak melakukan kerja-kerja berat serta jangan sesekali melakukan senaman regangan otot kerana ia boleh memberi tekanan pada bahagian abdomen anda.

Pada waktu ini, biasanya doktor akan nasihatkan anda untuk mengambil asid folik setiap hari bagi membantu meningkatkan ketahanan rahim bagi menampung kandungan yang bakal membesar nanti.

Kak wawa doakan semoga kalian semua yang masih menanti zuriat dikurniakan cahaya mata soleh dan solehan serta penyejuk mata dan hati kalian semua. Amin

1 comment:

Noor Maizan said...

Ilmu baru utk bakal pengantin mcm saya, hihi.