Keagamaan - Hukum Memakai Produk Mandian Atau Kecantikan Yang Ada Alkohol

Assalamualaikum wbt,

Setiap kali membeli sesuatu produk mandian atau kecantikan, kak wawa suka melihat bahan-bahan yang terdapat di dalam sesuatu produk tersebut. Sejak menjadi pengedar shaklee, kak wawa belajar banyak perkara tentang kesihatan dalaman dan luaran termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan produk kecantikan dan mandian.

Almaklumlah, bila kita faham dan sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan samada dalaman mahupun luaran, ia menjadikan kita seorang yang lebih berhati-hati dalam memilih sesuatu produk. Kebanyakan produk yang ada di pasaran mempunyai kandungan alkohol samada mandian, shampoo, deodorant, kecantikan mahupun wangian.

Kak wawa pasti, anda juga begitu. Kan? Kita mestilah inginkan kesihatan keluarga berada pada tahap yang terbaik. Betul ke betul?

Ok, sebelum kak wawa melalu panjang jom kita dengarkan persoalan yang diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan menggunakan produk mandian dan kecantikan yang ada alkohol. Bolehkah kita pakai produk yang ada alkohol ni?


Mengikut para ulama. ada 2 pendapat iaitu :

1. Tidak dimaaf

Apabila kita memakai wangian yang mengandungi alkohol, bila tiba waktu solat hendaklah kita membasuh / menyucikannya terlebih dahulu.


2. Dimaafkan

Iaitu wangian , deodorant, produk kecantikan yang mempunyai sedikit sahaja peratusan kandungan alkohol didalamnya, maka ia dimaafkan.


Jadi, terpulang kepada kita samada nak memilih yang mana. Siapa yang nak cermat ataupun pembersih, maka cucilah dahulu sebelum melakukan solat.

Seperti juga entry sebelum ini, sewajarnya kita perlu belajar dengan yang lebih pakar kerana mereka lebih arif. Adapun ia menjadi tanggungjawab kita memahami dan mempelajari ilmu fardhu ain ini.

Semoga bermanfaat.

3 comments:

Erni Hasmiza said...

Great entry :-D

Maria Firdz said...

alkohol dlm produk yg kita guna bukan nya alkohol arak.. jadi ianya bukan kategori najis...

anak denesor said...

banyak pandangan kan..ade yg ckp boleh..ada yg tak boleh..tapi bila baca entry ni dah faham..