PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Sifat Malu, Iman dan Syurga Bergandingan
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ مِنْ الْإِيمَانِ وَالْإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَذَاءُ مِنْ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ
 
Dari Abu Hurairah RA katanya, bersabda Raslullah SAW: Rasa malu adalah sebahagian daripada iman, sedang iman tempatnya di Syurga. Sedangkan tindakan / perkataan kotor adalah sebahagian daripada tabiat / perangai yang kasar, sedang tabiat kasar tempatnya di Neraka.” (HR Tirmidzî  No. 1932) Status: Hadis Hasan Sahih
 
Pengajaran:
 
1.  Perasaan malu adalah sebahagian daripada iman
2.  Orang beriman yang menghias diri dengan sifat malu tempatnya di syurga
3.  Imam Ibnu Hibban al-Busti: Bila rasa malu lebih dominan, maka kuat pula perilaku baiknya, sedang perilaku buruknya menjadi lemah. Ketika sikap malu menjadi lemah, maka sikap buruknya akan menjadi kuat dan kebaikannya akan berkurang.
4.  Perbuatan atau perkataan buruk dan kotor adalah tabiat serta perangai kasar yang tercela dan berdosa.
5.  Perangai serta tabiat yang tercela jika berterusan dilakukan akan dibalas dengan neraka.
Ayuh kita berperangai terpuji untuk ke syurga:  menghias diri dengan sifat malu orang yang beriman dan menjauhi perangai keji dan tercela akibat hilang malu.
 
 
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
23hb Januari  2018
06hb Jamadil Awal 1439H

3 comments:

Nur Azian Jaafar said...

good sharing sis !

Mat Min said...

nice sharing Pn Wawa 👍👍👍

ejulz said...

Terbaik. Insyaallah jd amalan..