10 Tips Penjagaan Wajah Dengan Betul

Assalamualaikum wbt,
Tips penjagaan wajah yang betul sangat membantu dalam menentukan kecantikan kulit seseorang. Jika dibandingkan dengan orang yang menjaga wajah dengan betul dan orang yang tidak mengambil endah tentang penjagaan wajah. Pastinya sangat berbeza.
Cuba tanya dengan diri sendiri, adakah selama ini aku menjaga wajah dengan betul? Atau adakah sekadar mencuci wajah atau langsung tak menggunakan pencuci wajah cuma menggunakan shower mandian sahaja.
Jika ingin dapatkan kulit yang sihat dan cantik, kita seharusnya menitik beratkan penjagaan wajah dengan betul. DI bawah ini, wawa kongsikan 10 tips penjagaan wajah dengan betul, dan menjadi ikutan kepada anda yang inginkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

10 Tips Penjagaan Wajah Dengan Betul

10 Tips Penjagaan Wajah Dengan Betul,


1. PASTIKAN MEMILIH CLEANSER YANG BEBAS KIMIA - Produk yang mempunyai bahan kimia menyebabkan kerosakan kulit.

2. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA - Cukup sekadar 2 kali sehari sahaja. Cucian kerap boleh menggalakkan kulit semakin berminyak jika uols guna cleanser oil control.

3. JANGAN CAMPUR ADUKKAN PRODUK KECANTIKAN - Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

4. GUNAKAN SCRUB WAJAH YANG LEMBUT - Supaya sel kulit yang sihat tidak mengalami kerosakan.

5. SENAMAN MUKA - lakukan senaman muka setiap hari untuk menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan. Sebutkan ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.

6. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH - Jari yang menyentuh tangan boleh menyebabkan kuman merebak dibahagian wajah seterusnya menimbulkan jerawat.

7. PENGGUNAAN TONER PENTING - Supaya pori kulit dapat dikecilkan setelah proses pembersihan menggunakan cleanser.

8. PENGGUNAAN PELEMBAP - Boleh membantu melembapkan kulit sepanjang hari.

9. GUNAKAN LOTION YANG MEMPUNYAI SPF - Supaya dapat membantu melindungi kulit dari sinaran UV.

10. PENGAMBILAN AIR MASAK 3 LITER SEHARI - Inisiatif mendapat kulit yang lembap, cantik dan sihat.

Selamat mencuba.😘

Gambar : Cara urutan wajah yang betul

No comments: