Assalamualaikum wbt,
 
Setahun sudah wawa jadi penginap setia hotel bajet, boleh katakan setiap minggu wawa dan suami akan mencari hotel bajet yang selesa untuk menginap. Sepanjang setahun, wawa boleh simpulkan bahawa macam-macam hotel yang kami jumpa. Jadi, wawa nak share laa dengan uols tips memilih hotel bajet di kawasan berdekatan anda.
 
Wawa akui, hotel bajet memang bukanlah hotel yang secantik hotel 5 bintang tapi bolehlah untuk kami bermalam sehari dua. Memandangkan wawa dan suami decide tak nak menyewa rumah di sini, jadi kami bersetuju untuk berjumpa sebulan 2-3 kali sahaja. Jadi, hotel kawasan Bandar Penawar dan Kota Tinggi laa pilihan wawa.
 
Kenapa wawa dan suami suka pilih kawasan badanr Penawar dan Kota Tinggi? Memandangkan kami ini bukanlah jenis yang shoppingholic (haha..hentam sajalah), jadi lebih suka duduk di kawasan yang tidak sibuk. Jalan raya yang mudah untuk uturn dan tidak seperti di bandar-bandar Johor Bahru. Nak uturn terpaksa cari jalan jauh dan boleh dikatakan sibuk.

 
Panjang sangat mukaddimahnya kan, sekarang jom kita ke tips memilih hotel bajet. Apa yang perlu kita teliti untuk menginap di sesuatu hotel. Wawa dan suami jenis walk in, tak suka tempah sebelum sampai ke suatu-suatu tempat. Orang kata cara wawa jenis cari penyakit. Its ok, pada kami ini adalah cabaran pada kami dan kami yakin rezeki Allah ada di mana-mana. Uols, yang punya anak ramai seeloknya janganlah tiru. hihi
 

Tapi, sebelum wawa nak menginap perkara pertama wawa buat adalah google tentang hotel tersebut.
 
5 Tips Memilih Hotel Bajet
 
  1. Google terlebih dahulu lokasi dan hotel yang kita nak menginap. Sekarang ni kita dah boleh tengok google map kan, jadi boleh lihat persekitaran hotel dan jalan di kawasan sekitar macam mana.
  2. Google keadaan bilik hotel yang kita nak inap. Adakah besar atau kecil, jenis bilik yang kita nak inap. Seeloknya kita buka laman web rasmi hotel tersebut.
  3. Harga yang dikenakan oleh hotel tersebut. Adakah berbaloi dengan keadaan gambar yang di tawarkan.
  4. Bandingkan beberapa buah hotel yang ada dikawasan berdekatan. Seeloknya pilihlah bilik hotel yang luas untuk ruang kita solat.
  5. Baca review tentang hotel tersebut.
 
 
  Semoga bermanfaat.😊