Tips Lengkap Hadapi Musim Banjir

Assalamualaikum wbt,

Akhir tahun November ke December merupakan bulan sinonim dengan banjir. Pasti setiap tahun menjadi rutin bagi sesetengah kawasan yang dilanda banjir telah bersedia untuk hadapi dengan tenang.

Namun, aturan Allah tiada siapa yang dapat menjangka. Ada juga kawasan yang belum pernah banjir juga terlibat. Apa yang perlu anda buat? Ikuti tips yang wawa share kat bawah ini. Tips dan panduan lengkap dari web negeri Terengganu. Memandangkan Terengganu dan Kelantan saban tahun mengalami banjir, sedikit sebanyak mungkin mereka telah bersedia.


Kredit : Image google

Sebelum Banjir

  1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  2. Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
  3. Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
  4. Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan.
  5. Sediakan Peralatan Kecemasan.
  6. Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa Kecemasan di rumah.


Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan

  1. Dengar pengumuman dari radio.
  2. Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
  3. Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
  4. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
  5. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  6. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.


Semasa Banjir - Di Dalam Rumah

  1. Dengar pengumuman dari radio.
  2. Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  3. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.


Semasa Banjir - Di Luar Rumah

  1. Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
  2. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
  3. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  4. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  5. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  6. Jangan minum air banjir.


Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan

  1. Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
  2. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.


Semasa Banjir - Semasa Pemindahan

  1. Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
  2. Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.
  3. Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.


Selepas Banjir

  1. Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang cacat).
  3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.
  4. Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.


Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan

  1. Pakai kasut.
  2. Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  3. Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai rumah anda.
  4. Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.


Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya

  1. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  2. Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
  3. Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  4. Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).
  5. Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.
  6. Periksa kerosakan tangki septik untuk elekkan bahaya biologi.
  7. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.

Sumber

SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...