Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, musim sekolah sudah tiba. Ramai ibu bapa terutama golongan guru mengambil peluang pulang ke kampung halaman menjenguk ibu ayah. Selain sinonim dengan majlis perkahwinan, musim cuti sekolah akan dimeriahkan lagi dengan majlis berkhitan atau berkhatan bagi anak-anak berumur 12 tahun ke bawah.
Sebagai ibu bapa, persediaan mental dan fizikal untuk menjaga anak-anak yang menjalani proses berkhatan. Terpanggil untuk sharing dengan uols, memandangkan musim sekolah sudah tiba dan ramailah yang mengambil peluang untuk melakukan khatan pada anak-anak. Selain ibu bapa, anak-anak juga perlu persediaan mental dan fizikal supaya tidak terkejut dan takut untuk melakukan proses berkhatan ini.
Selepas sahaja dikhatan (disunat)
- Selepas 3 jam berehat, pesakit boleh beraktiviti seperti biasa.
- Ambil ubat penahan sakit serta merta untuk mengelakkan rasa sakit setelah kesan ubat bius berkurangan.
- Gunakan air mandi yang bersih, jika boleh dicampurkan dengan antiseptik cair (contohnya cecair Dettol).
- Digalakkan untuk menyapukan krim antibiotik pada luka bekas khatan sebanyak 2 kali sehari selama 3 hari.
- Bekas luka khatan akan berbentuk cincin berwarna hitam (necrotic) yang akan tanggal dengan sendirinya dalam 5-7 hari.
- Bersihkan penis sehingga kering setiap kali habis membuang air kecil atau mandi, kemudian tuam dengan betadine menggunakan kain gauze steril dan biarkan hingga kering. Lakukan sebanyak 3 kali sehari. Jangan gunakan kapas kerana serat-seratnya mudah melekat pada luka.
Tips Penjagaan Selepas Bersunat
1. REHAT YANG CUKUP
Selepas sunat, adalah penting untuk anda
dapatkan rehat yang cukup, sekurang-kurangnya 3 hari untuk lelaki dewasa
sebelum bertugas semula seperti biasa. Banyak berjalan sejurus selepas sunat
boleh menyebabkan bengkak pada kawasan luka.
2. MAKAN UBAT
Anda akan diberi ubat penahan sakit,
antibiotik (pembunuh kuman), ubat bengkak untuk dimakan dan krim antibiotik
untuk disapu. Sila makan ubat tersebut mengikut jadual yang ditetapkan, supaya
luka tersebut cepat sembuh dan jangkitan boleh dielakkan.
3. CUCI LUKA
Cuci luka sunat sewaktu mandi, dua kali
sehari dengan cecair antiseptik seperti Dettol. Selepas cuci, lapkan luka
dengan tisu atau kain yang kering dan bersih. Sapukan krim antiseptik yang
diberi untuk mengelakkan dari jangkitan kuman.
4. PANTANG MAKAN
Adalah bagus sekiranya anda dapat
berpantang makan. Makanan yang “gatal” seperti makanan laut, daging merah,
telur dan apa-apa juga yang anda “alergik” adalah tidak digalakkan untuk ambil
sewaktu penjagaan luka sunat.
5. MAKANAN YANG DISYORKAN
Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, ikan
haruan adalah bagus untuk penyembuhan luka. Jika tidak mahu beli dan siang ikan
haruan yang hidup, anda boleh dapatkan pati ikan haruan dari farmasi. Pati ayam
pun bagus untuk diambil.
6. JANGAN CABUT BENANG
Benang jahitan luka sunat akan putus
selepas 10-14 hari. Jangan gunting atau putuskan benang luka sunat terlalu
awal, kerana ia akan menyebabkan luka sunat tidak dapat melekat dan sembuh
sempurna.
7. CECAIR KUNING DI KEPALA
Jika anda mengalami phimosis (glans penis
melekat dengan kulup), anda mungkin akan mendapati ada cecair kuning jernih dan
keruping terbentuk di kepala dan kawasan luka. Ia adalah normal dan ia bukan
nanah. Ia akan tanggal sendiri selepas beberapa hari.
8. RASA NGILU/SENSITIF
Adalah agak normal untuk anda berasa ngilu
atau sensitif apabila kepala glans penis anda bergesel dengan seluar dalam yang
dipakai pada awalnya. Rasa tersebut akan hilang selepas beberapa minggu,
apabila glans kepala sudah biasa.
Selain mengikuti tips yang disyorkan ini, ibu ayah juga perlu titik beratkan dalam penjagaan pemakanan anak-anak ketika dalam proses penyembuhan luka berkhatan atau bersunat. Pengambilan supplemen juga penting bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Apakah vitamin yang sesuai untuk anak-anak?
Multivitamin
Nutrisi asas untuk anak-anak anda.
- Meningkatkan kesihatan imun untuk tubuh sihat dan kuat.
- Menyokong penghasilan tenaga ketika proses penyembuhan.
BELI online di SINI, dan Tuan/Puan hanya perlu tunggu sahaja tempahan tiba di rumah sendiri dengan selamat. Dapatkan harga Promosi sehingga 31 October 2017!
Hubungi kami untuk info/order:
Your Certified Shaklee Product Consultant:
Wan Rokiah Wan Ismail / Kakwawa (0199966576)
Direct Wassap:
COD Bandar Penawar / Desaru / Bayu Damai
Pengeposan ke seluruh Malaysia
2 Comments
bgs tips ni... mmg cuti sekolah musim bersunat. kt kedah ni meriah sgt kenduri bersunat siap naik pelamin lagi anak2 yg akan bersunat... dah mcm kenduri kahwin meriahnya...
ReplyDeleteilmu yg berguna utk masa hadapan. in shaa Allah.
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊