Pesta Durian Di Pungai Resort

Assalamualaikum wbt,

Petang semalam wawa hadiri satu event makan-makan durian di Pungai Resort. Antara resort yang boleh dijadikan event selain daripada Lotus Resort Desaru.

Semalam wawa tak sempat nak ambil gambar pun kawasan sekitar, cuma sempat snap photo durian yang dah separuh di makan. Hihi


Selepas di jamah separuh, semuanya ada 20 biji dan orang pula ada dalam 20 orang. Tapi, tak denga nak mampu makan  sebiji seorang. Hihi

Selepas event, ada lagi balance 5 biji. Dieorang bagi wawa bawa balik rumah. Sampai ke rumah, jam 10 malam kopek lagi durian. Tengoklah isinya haa.


Cantik kan isinya. Wawa ada tanya person incharge yang beli, katanya ni bukan musang king tapi grad 24. Harga 1kilo rm22. Murahlah compare dengan wawa makan hari ahad lepas. Sekilo rm38, sebiji rm44++. Melampau betul laa harga durian sekarang.

Bercakap pasal durian ni, tahun-tahun sebelum ni wawa langsung tak ada masalah untuk makan. Sampai musim, belambak-lambak durian. Almaklumlah, rumah mertua wawa memang ada kebun kat belakang rumah.

Tapi, ujian apakah tahun ini langsung semua pokok tak berbuah. Memang kosong, dalam banyak-banyak pokok tiada satu pun yang keluarkan buah. Pelik bin ajaib kan?

Mungkin Allah nak bagi kak wawa merasa keluarkan duir beli durian. Hihi

Selamat pagi uols, terima kasih singgah blog wawa. Wawa jamu buah durian pagi ni, jemput tau. Hehe

SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

2 comments:

Sheila Adziz said...

haish pepagi tgk durian.... hadiuhhh lemah semangat nak keje... hehehe

Cik Tie said...

Dugaan betul la pagi ni. Awal-awal dah tengok durian. Nak beli cam tak berbaloi lagi. Tak cukup orang hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...