Kenangan Ketika Exam SPM 2003

Assalamualaikum wbt,

Bila sesuatu kejadian pada suatu masa yang lama telah berlalu, proses ini kita namakan sebagai kenangan. Kita takkan mampu sampai setelah kita tinggalkan adalah masa. Namun, memori yang masih tersimpan di dalam minda kita menjadi kenangan mungkin tak kan kita lupakan dengan izin Allah swt.
spm, exam spm, kenangan spm, memori jawab exam spm, spm malaysia, keputusan spm malaysia


14 tahun telah berlalu, alhamdulillah hari ini kita menjadi seorang manusia. Atas didikan mak ayah, cikgu-cikgu, kawan-kawan sekeliling, jiran tetangga, pensyarah-pensyarah menjadikan kita seorang yang lebih baik dari masa lalu.

Ehh, bukan cerita ni nak bagitau sebenarnya. Wawa nak share kenangan zaman spm dulu, time exam. Dalam banyak-banyak kisah, ada beberapa yang masih segar dalam ingatan. Walaupun boleh katakan agak lama wawa tinggalkan zaman sekolah.

Untuk pengetahuan uols, wawa bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Dungun (SMTD). Budak teknik rupanya wawa ni kan. Dulu wawa ambil kos Civil Engineering ? Kejuruteraan Awam. Wawa minat electrical, tapi mak tak bagi sebab kata mak electrical ramai orang laki. Wawa bukan suka sangat belajar dengan orang perempuan. haha (takde laa gurau je)

Sepanjang minggu exam, sepatutnya kita dah rileks je kan if buat ulangkaji dari awal. Minggu exam tu kita just layan-layan tengok-tongok formula macam tu je. Sebab apa wawa cakap macam tu, bagi wawa la if kita study bagai nak rak, tidur lewat otak kita tak boleh nak serap ilmu tu, dia jadi macam tepu. betul kan?

Nak selamat, study la awal-awal adik-adik. Wawa pula jenis last minute study, pulun laa kau sampai tidur lewat, esok jawab exam pening-pening.

Paling tak boleh lupa time jawab paper Bahasa Inggeris, hari nak jawab exam tu wawa demam badan sejuk sampai terketar-ketar, selsema, cukup pakej la demam waktu tu. Bayangkan, wawa langsung tak leh nak fokus jawab. BI pula tu, dah laa kita ni pure Terengganu. Jawab 2 soalan, tidur 15 minit, nasib baik pengawas exam kejut, kalau tak kosong laa paper BI wawa. Alhamdulillah, bila dapat result, takdak laa teruk sangat tapi tak dapat A atau A+ laa.

Bila ingat kembali zaman sekolah, macam-macam juga pea wawa ni. Dalam banyak-banyak subjek, sejarah adalah subjek palingggggg mengantuk. Tambahan pula dapat cikgu yang superrrrrrrrrr baik, lemah lembut, bila mengajar macam di dodoi-dodoi je mata untuk tidur. hihi

Zaman sekolah dulu wawa nakal sorang-sorang je, tak de geng. Bila cikgu masuk pintu depan, wawa keluar pintu belakang duk kat toilet. Bila dah habis waktu, baru masuk balik. Teruk betul kan. haha. Tak sangka budak ayu ni perangai macam ni. hehe

Uols ada tak memori zaman SPM dulu? Share laa. 
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...