Kenangan 12 Tahun Yang Lalu

Teringat satu kisah zaman study di UiTM Pulau Pinang. Lebih kurang 12 ke 13 tahun yang lalu. Ya Allah, lama sudah kak wawa tinggalkan zaman persekolahan di Universiti dulu.

ESP elak rasa lapar.

Tapi memori yang satu ini masih kak wawa belum lupa. Bila bersembang dengan sahabat-sahabat office, ada ketika waktu lapar dan makanan tiada di office. Kisah ini akan bermain segar diingatan.

Nak tahu ke kisahnya apa? Hehe.


Satu hari, ada program di kampus. Wahhh, lama tak guna perkataan kampus. Mengimbau betul laa, dengan pakaian baju kurung ke kelas setiap hari. 😘😘

Program berlanjutan satu hari penuh dari jam 8 pagi sampai pukul 5 petang. Pagi tu, wawa sampai lewat ke tempat program tapi sempatlah ambil makanan simpan kat beg kita kan. Tak sempatlah nak breakfast.

Lepas habis program baru berpeluang cari makanan. Makanan tengah hari tiada, jadi kak wawa teringat lah makanan pagi masih ada.

Terus bergegas ambil makanan dan makan kat laman siswa. Waktu itu, kak wawa dengan seorang kawan lain. Tapi lupa dah siapa nama. Kiki

Uols tahu? Bila kita tengah lapar dan waktu itu hanya ada 1 makanan sahaja dan makanan itu basi. Agak-agak uols makan ke tak? 

Serius pada ketika itu, kak wawa memang lapar sunguh-sungguh. Sampai menggeletar lah tangan. Disebabkan tiada pilihan dan kak wawa makan sampai habis licin. Hahaha

Alhamdulillah, Allah bagi kak wawa sihat walafiat sebab tak kena cirit. Waktu makan tu kita rasa basi, tapi dalam hati kak wawa sebut macam ni ja.

“Ya Allah, aku lapar sangat ni ya Allah. Aku nak makan juga, minta-mintalah tak jadi pape.”

Kak wawa terus laa makan sampai habis. Lepas tu balik bilik dan hidup macam biasa. Tak ada apa2 pun berlaku. Kak wawa lega laa.😄

Sekarang ni, bila lapar kan. Kak wawa terus teringat waktu kat universiti dulu. Kalau member cakap makanan dah basi kan, kak wawa bagitau laa. Kau makan je laa, asalkan tak cirit.😄

Moralnya, bila kita berada dalam keadaan terdesak kita mampu buat apa saja, waima diluar kebiasaan kita.

Macam cerita kat atas, kak wawa terdesak oleh kelaparan. Jadi sanggup makan makanan basi untuk terus dapat tenaga.

Sama juga dalam bisnes, bila kita terdesak dengan keadaan kewangan keluarga PASTI kita cari jalan untuk dapatkan wang. 

Betul ke betul? 

Since dah banyakkkk sangat kita baca pengalaman orang, apa kata kita sediakan payung untuk diri sendiri.

Mula awal walaupun kita tiada apa2 desakan, sehingga satu masa uols dah ready untuk hadapi. Waktu awal2 ini adalah suatu proses perjalanan hidup kita untuk hadapi masa akan datang. Kan?

Tambahan pula dengan ekonomi yang tidak menentu, minyak yang naik setiap minggu. Pasti, desakan akan semakin menghimpit diri kita.

Ehh, banyak plak topik kalau dikembangkan. Orang perempuan memang macam ni kan? Cerita dia tajuk makanan je, tapi boleh sampai cerita naik kapal terbang.😄

Selagi tak cukup 26000 patah perkataan sehari, mana boleh berhenti kan. Hihi

#WawaShakleeStory
#BizBYG
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

1 comments:

mamapp said...

Masa duk hostel sek men punsama Wawa. Tgh makan jumpa ulat sayur. Dengan tentang ketepikan ulat Tu pastu Sambung makan. Cuma dah x sentuh dah sayur tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...