Assalamualaikum wbt,
Hari minggu memang hari keluarga, sayang jangan sesekali nak berdekatan dengan fon. Masa bersama keluarga.
Amboihh, kamain kan. 😄
Ok la ok laa, time bersama keluarga. Ramai juga yang berholiday hari ni kan. Ada yang ke luar negara, ada yang pergi dalam negara, tak lupa yang pergi bercuti dalam negeri sendiri sahaja.
Walau ke mana pun kita pergi, bergembiralah bersama keluarga. Kerana mereka orang yang kita sayangi. 😊
Wawa pergi melancong dalam daerah sendiri je. Tak jauh pun.😄
Asalkan bersama suami. Gituuu.
Uols nak tahu tak, sejak wawa duk johor ni kan. Belum pernah lagi jumpa makan tengah hari harga bawah rm15. Semua range rm18-rm25 untuk 2 orang. Agak2 dieorang adun dengan gold 916 kot. Hehe
Tapiiii, hari ni dalam sejarah makan 2 orang rm7. Wawa tanya abang jual tu, betul ke bang? Aah, betul laa 2 bungkuskan? Haa, rm7 je.
Patutlah ramai orang beratur kat gerai abang ni. Uols makan apa tu? Wawa macam biasalah makan luar, kat hotel tak boleh masak. 😄
Ni haa, nasi rm7 2 bungkus. Banyak pula tu, rasa pun boleh tahan.
Thanks for reading.
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊