Info Penyakit - Apa Itu Buasir

Assalamualaikum wbt,

Apa yang dimaksudkan dengan Buasir?

 


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Pernah diceritakan oleh sahabat wawa senbdiri yang mengalami masalah buasir ini. Perit, pedih, gatal dan sakit semuanya bersatu dan ada kala tidak boleh duduk dengan sempurna. Keadaan ini berlaku ketika dia dalam pantang. Ya, betul tidak dinafikan kebanyakkan ibu-ibu masa kini mengalami masalah buasir ketika dalam pantang. Ini kerana, masalah sembelit yang dialami ketika waktu hamil menjadi punca buasir ketika berpantang.

Terdapat beberapa jenis buasir yang sering dialami oleh sesetengah individu iaitu :

Jenis-Jenis Buasir

Buasir dalaman

Buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Faktor terjadinya Buasir

  • Meneran dengan kuat (ketika membuang najis keras atau sembelit) - Faktor utama (Tekanan pada otot - otot disekeliling pangkal hujung dubur - Internal and external anal sphincter)
  • Sentiasa duduk @ Jarang melakukan senaman " Kegel Exercise"
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk @ Kuat dan kerap berlaku
  • Cirit-birit yang teruk, kerap dan berpanjangan
  • Mengangkat berat secara berlebihan dan berpanjangan (Posisi mengangkang)
  • Kurang mengambil sayuran - sayuran dan buah - buahan di dalam pemakanan seharian sebagai pelawas
  • Kurang meminum air di dalam seharian
  • Kuat merokok (Lebih 3 batang rokok sehari)
  • Bersalin normal yang tidak teratur
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual - Kes jarang berlaku
Risiko terkena Buasir


Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-

  • Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.
  • Bekerja atau melakukan aktiviti - aktiviti berat (Kerja buruh)
  • Kurang menjaga pemakanan seimbang
  • Jarang melakukan exercise "Kegel Exercise"
  • Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
  • Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan
  • Mengandung
Tips jika terkena Buasir


  • Banyak meminum air suam sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari (Disarankan untuk meminum susu segelas sehari terutamanya sebelum membuang air besar dan selepas makan setiap hari).
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan (Contohnya: Betik, pisang dan tembikai) dan sayur-sayuran (Contohnya: Sayur kangkung - jenis berdaun, sayur bendi dan sayur terung).
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air. Dan ketika ditandas, kurangkan meneran ketika mencangkung untuk membuang air besar. Rileks dan tarik dan hembus nafas secara teratur dan lembut ketika membuang air besar @ Berak.
  • Kurangkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan pada usus besar anda (makanan pedas atau berempah, keras dan alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus besar anda terutamanya hujung dubur (kopi atau teh).
  • Cukupkan rehat anda selama 7 jam sehari diwaktu malam dan sekiranya anda berbaring terlentang pastikan ada bantal di bahagian punggung anda atau memakai tilam yang lembut. Elakkan daripada duduk di kerusi yang keras dan panas juga kurang selesa kepada punggung anda.
  • Lakukan senaman "Kegel Exercise" sekiranya perlu dimana terutamanya anda ada merasa ketidak selesaan dibahagian pangkal hujung dubur anda. Cuba lakukan senaman berjalan kaki selama 15 minit sehari dan lakukan senaman pernafasan "Deep Breathing Exercise".
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor atau mana - mana ahli perubatan yang bertauliah diklinik atau hospital yang berdekatan dengan anda. Jangan dibiarkan penyakit tersebut terlalu dengan menganggap penyakit itu akan sembuh dengan sendirinya.
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...