Adab Membaca Al-Quran

Assalamualaikum wbt,

Kredit gambar dari Darul Murtadza


Alhamdulillah, tiba di rumah selamat. Malam ini, malam jumaat kan?

Dah lupa hari kita, jomlah baca Al-Kahfi.


3 kisah pengajaran dalam 1 surah.  

Macam mana adab membaca Alquran? Semalam kak wawa sempat follow live Siera Haiyi tentang cara nak khatam 30 juzuk dalam masa sebulan. 

Malam ini, kak wawa mahu berkongsi pula adab membaca Alquran. Tips ataupun adab membaca Alquran ini kak wawa dapat dari Ustazah Norhafizah Musa (UNM).

Ramai orang suka membaca Al-quran. Setiap malam pun ada yang membaca. Bacaan kita tu meresap atau tidak dalam jiwa kita? Jika ya, alhamdulillah. Jika tidak, pernahkah kita fikir kenapa? 

Sebab kita kurang rasa manisnya membaca Alquran. Ustazah pesan, ada beberapa adab yang korang boleh amal mudah-mudahan ia membantu kita menghayati, menikmati indahnya kalam Allah swt.

1. Niatkan membaca Alquran ini kerana Allah swt.
2. Niat dalam hati, kita bagitau pada Allah kita nak baca Alquran ini. Kita nak bagi faham dan sebagainya. Contoh, boleh doa macam ini dalam hati sebelum membaca alquran.

✔️ Ya Allah, aku nak baca alquran ini. Ya Allah, jadikanlah Alquran ini sebagai peguam bela aku dan suami di akhirat kelak.
✔️ Ya Allah, jadikanlah alquran ini syafaat pada aku dan suami, ibu ayah di akhirat kelak.
✔️ Ya Allah, jadikanlah alquran ini taman2 bunga dalam hatiku dan suami.
✔️ Ya Allah, dekatkanlah alquran ini pada aku dan suami setiap masa.
✔️ Ya Allah, jadikanlah alquran ini pemandu dalam kehidupan kami.
✔️ Ya Allah, jadikanlah alquran ini penunduk kepada nafsu kami.
( ada 20 yang UNM senaraikan, kakwawa share 5 je laa ye)

3. Membaca bersama makna atau maksud ayat.
4. Minta pada Allah, semoga Allah bagi pemahaman kepada kita dalam membaca Alquran.

Selamat bertadarus sahabat, di malam jumaat yang mulia ini.

SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

10 comments:

Rabiatul Adawiyah said...

Betul. Kita perlu berdoa dan bermonolog kepada diri sendiri untuk sentiasa pasang niat nak baca dan faham Al-Quran. InsyaAllah dipermudahkan oleh Nya

dee said...

terima kasih wawa atas perkongsian ni.

Lia Hasty said...

Surah Alkahfi memang digalakkan selain surah Yasin. Nice information.

www.liahasty.com

I am LZ said...

Semoga kita sentiasa diberi peluang & kemudahan ke arah lebih baik..

Abang Aznil said...

Nak baca quran kena berguru. Cara sebutan huruf dan tajwid kena betul. Kata Imam Syafie,siapa yg membaca al-Quran tanpa guru maka gurunya adalah Syaitan...

Puan Wawa said...

Ya rabiatul adawiyah. Tq drop sini. Hihi

Puan Wawa said...

Sama2 dee๐Ÿ˜Š

Puan Wawa said...

Tq drop sini๐Ÿ˜Š

Puan Wawa said...

InsyaAllah amin.

Puan Wawa said...

Betul tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...