Yeay, Blender Ferrano Ferrari Dah Sampai!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga Blender Ferrano yang cantik dan menawan ini. Bulan lepas wawa dah beli 1, tapi ayah nak. So, wawa hadiahkanlah kat ayah.

Uols nak tengok tak blender ferrano ni? Blender Ferrano ini limited hanya di shaklee sahaja. Didatangkan dengan manual cara nak guna blender, 1 blender berwarna merah, 2 botol berlabel shaklee (500ml & 800ml), penutup pengisar.


Keunikan Blender Ferrano

Hanya mempunyai 1 color sahaja iaitu merah. Jadi, blender ini memang limited edition. Warnanya pun mengancam kan.

Blender ini boleh kita gunakan untuk buat smoothie macam2 perisa dan semestinya dicampur dengan ESP. Uols boleh campur dengan mana-mana buah sekalipun. Wawa suka strawberi, anggur, mempelam dan macam-macam la.

Ok, keunikan yang ada pada blender ferrano ni uols boleh blender dalam botol shaklee tu. Hanya tukar penutup sahaja. Selepas diblend, uols boleh tukar penutup blend tadi dan boleh dibawa ke mana. Nak bawak ke taman riadah ke, ke ofis ke, ke shopping mall ke. Semua boleh.

Button blender pula boleh diadjust ke kanan dan ke kiri. Button kiri, jika anda nak blender sekejap2. Button kanan, jika anda nak blend sekali je dan laju. Manakala button ditengah adalah untuk off.

Opps, nak tanya. Wawa ada bagitau tak ye kat blog ni pasal blender ni? Ok, jika uols berminat boleh dapatkan juga tau. Cuma dengan syarat uols mesti jadi distributor dahulu.


Jika uols nak join ahli, boleh hubungi wawa ye atau baca dulu dekat sini. CARA JOIN AHLI SHAKLEE.


SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...