Assalamualaikum wbt,

Badan yang sihat jadi impian semua orang, badan yang mampu melakukan pelbagai aktiviti dalam satu hari. Badan yang lasak sehingga ke malam hari sehinggakan tiada langsung rasa letih. Ya, betul memandangkan urusan harian kita yang penuh dengan pelbagai aktiviti dan kerja, sebolehnya kita nak dapatkan badan yang sihat.

Namun, agak sukar bagi seseorang individu bebas dari rasa letih, kurang sihat pada masa kini. Faktor pemakanan, gaya hidup, bebanan kerja mejadi masalah utama kepada setiap individu tampil sihat, segar dan bertenaga sepanjang hari.

Jika kita dapat mengenal pasti punca tau sebab utama mengapa badan kita letih, insyaAllah kita dapat atasi dan perbaiki tahap kesihatan kita di masa akan datang.

Di bawah ini wawa kongsikan 7 sebab utama badan kita sering keletihan.



  1. Tidak cukup tidur – setiap hari seseorang individu memerlukan rehat dan waktu tidur 7-8 jam. Kerana waktu tidur waktu badan kita merecharge semula tenaga selepas seharian tenaga digunakan.
  2. Tidak cukup tenaga – Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
  3. Tidak Ambil Sarapan Pagi – Kesalahan paling besar bagi setiap individu adalah skip sarapan pagi! Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.
  4. Kurang darah merah (anemia) – Kekurangan darah merah dalam badan menjadi penyebab badan merasa letih. Kerana darah merah berfungsi menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh. Cara menaikkan sel darah merah adalah anda perlu makan makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang, bayam kerang, hati ayam dan lain2.
  5. Tekanan Emosi – Emosi yang kurang stabil seperti stress boleh mengganggu sistem imun tubuh badan seseorang. Ia boleh memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi
  6. Terlalu banyak kafein – Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.
  7. Dehidrasi – Air adalah sumber penting untuk tubuh sentiasa segar dan sihat. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tubuh terhidrasi dan seterusnya menjadikan badan kurang bermaya. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.

Walaupun sibuk bekerja, kesihatan badan perlu dijaga sebaik mungkin. Health is Real Wealth.

Semoga bermanfaat.")