Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, selepas beberapa minggu wawa daftar akaun google adsense hari ni baru approve. Sebelum ni, wawa tak pernah ambil tahu pasal google adsense ni apa. Satu hari, wawa ternampak sharing daripada blogger sayyidahnapisah pasal iklan ni.

Terus tertarik dan wawa sign in hari tu jugak. Tapi, ingatkan boleh pasang terus board iklan rupa-rupanya kena tunggu approval daripada team google adsense dulu.

Tertarik dengan income yang ditawarkan dalam bentuk USD dan tak pernah fail untuk bayar pada blogger, jadi apa lagi. Wawa pasang laa, lagipun syarat-syarat dia tak ketat sangat macam iklan infinity dan lain-lain. Tambahan pula, cara-cara nak letak kat blog kita pun mudah je.


Cara-cara Letak Iklan Google Adsense.

Step 1. Klik setting blog, tukar language English. Bila tukar English, baru dia akan display Adsense bila kita klik dekat layout nanti. Lihat picture kat bawah ye.



Step 2. Klik Layout -> Add gadget -> Adsense (+). Step ni korang hanya perlu klik-klik je, tak payah nak taip apa-apa k. hehe



Step 3. Dia akan keluar macam kat bawah ni, just pilih saiz yang kita nak letak kat blog. Contoh dalam kotak tu 720 x 90 Leaderboard ,dalam petak bawah tu preview. Yang ni wawa letak dekat atas gambar iklan buku FTR. Jangan lupa save tau.

Kalau nak letak side bar, ulang lagi proses add gadjet. Lepas tu, uols just drag je letak kat mana -mana uols suka. Then, tunggu beberapa jam iklan akan keluar.



Alhamdulillah, dah jadi. Sebagai tanda penghargaan, uols klik2 laa iklan wawa ni. hehe