Assalamualaikum wbt,

Hai semua, selamat pagi. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. 

Seorang wanita bertanya kepada mufti : "Bagaimana caranya untuk mengejutkan anak-anak saya yang sedang tidur terlalu nyenyak untuk solat Subuh?

Mufti menjawab: "Apa yang akan kamu lakukan jika rumah kamu terbakar dan pada ketika itu anak-anak kamu sedang tidur?"

Wanita itu berkata: "Saya akan mengejutkan mereka dari tidur".

Mufti menjawab: "Bagaimana jika mereka sedang tidur terlalu nyenyak?" 

Wanita itu kemudian menjawab: " Demi Allah! Saya akan mengejutkan mereka bangun, jika mereka tidak bangun saya akan mengheret mereka keluar dari rumah."

Mufti kemudian menjawab: "Jika itu apa yang kamu akan lakukan untuk selamatkan mereka daripada api di dunia,  lakukanlah perkara yang sama untuk selamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak."

Semoga Allah membimbing kita semua!


#IniBahagianDakwahJakim

3 Comments

  1. Kalau dari kecik dah biasa walau tak kejut pun dia akan otomatik bangun sendiri kan Wawa. Yg penting sebagai ibu-bapa kena selalu ingatkan dan jadi contoh pada anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Kena biasakn sejak dri kecik..insyallah msti da trbiasa sampai ke bsr

    ReplyDelete
  3. aduh x sanggup lak nk buat camtu...kalau x bgn simbah air

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊