Assalamualaikum wbt,

Semoga anda ceria selalu. Allahuakbar, 1 February semakin nak melabuhkan tirai. Saat ini, bila diimbau kembali wawa macam malu-malu kucing duduk dalam bilik. Haha

Ye, hari ini tarikh yang sama 2 tahun yang lalu wawa sah bergelar isteri kepada suami Zuuber Bin Che Ibrahim, bukan zubir gool keeper terengganu ye.. Hihi

Allahurabbi, sebenarnya wawa lupa hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan. Jam 2 petang tadi, wawa nak up status bulan february, tiba-tiba tertanya kawan sebelah hari ni berapa hari bulan ye? Haha.. Teruk tak? Dalam nak up status fesbuk pun masih tanya date. Hehe

Seriously, wawa lupa dan pastinya hubby pun lupa sama sebab tak ada pun nak wish kan.hihi. Terus wawa call hubby, tanya ingat tak hari ini hari apa. Boleh dia jawab hari isnin lah! Haha

Ok, fine suami isteri lupa. Ye lah, kami bukan jenis romantik sangat bila dare anniversary pergi dinner bagai. Biasanya wawa just baca yassin n solat hajat je laa lepas ingat malamnya. Solat hajat beriman lagi syok, doa sama-sama. Kan..hehe


Tambah plak kawan wawa tag gambar bi. Ya Allah, rindunya. Gambar ni dah lepas akad nikah, hubby pun dah balik rumah dia (kampung sebelah je) sebab petang jam 2 majlis sanding plak.

Kawan wawa datang lepas wawa cuci muka dah, hilang segala makeup bagai. Tapi cantik juga tak makeup pun kan.. Hihi

Kawan wawa ni namanya Tengku Junainah. Tengah preggy anak first. Waktu majlis kahwin dia adalah first date wawa dengan hubby. Waktu ni lah, hati wawa terdetik adakah dia suamiku. Tetiba mengimbau kenangan lama..")

Untuk pengetahuan korang, gambar disebalik tabir majlis kahwin wawa semua hilang sebab hari tu laptop wawa hilang, kena format dengan si pencuri.. Bila dapat balik dah zero..kenangan dalam hati je laa yang ada..")