Wednesday, 6 January 2016

Testimoni : Inspirasi Kurus Bersama Zatil

Assalamualaikum wbt,

Siapa zatil? Nak kenal, jom baca sampai habis..")


Kami turun berat bersama-sama dengan jumlah hampir 60 kg dalam tempoh 4 bulan. Semuanya kerana ibu dia masuk merisik saya. Sukar memang sukar, tetapi paling sukar adalah mengajak teman lelaki saya adalah perkara yang paling sukar. Mungkin ini yang membuatkan anda berminat untuk terus membaca.

Asalnya bermula apabila Ibu saya cakap “Zatil.., kau ni dah gemuk sangat lah”, dan dalam masa yang sama saya merasakan sakit pada dada dan mula sukar untuk bernafas. Tetapi kemuncaknya adalah apabila kawan kita sendiri menyatakan “Kalau kawan dengan Anum, pasti kita pun akan gemuk sekali!” Ya Allah malu sungguh saya dan oleh kerana itu, saya nekad untuk berubah. 

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya ternampak program yang dianjurkan oleh Kevin Zahri iaitu Jom Kurus 1 Malaysia yang diadakan buat kali pertama pada 11 Januari 2014. Saya nekad untuk sertainya. Tetapi biasalah, bila obesiti ini, mesti rasa takut dan rendah diri untuk sertai program macam-macam ini. Jadi saya perlu pastikan yang saya tidak sertai seorang diri.

Diam-diam saya daftarkan teman lelaki saya dan bayarkan sekali untuk dia. Kenapa saya daftarkan teman lelaki saya, sebab dia pun ‘besar juga’. Bila kami jalan bersama, ramai yang jeling-jeling tajam hahahah… Apabila orang melihat kami, semua akan cakap "inilah pasangan GEMUK!"  Ya, kami memang tidak boleh lari dari perkataan GEMUK! Mana tidaknya hobi kami adalah sama iaitu suka MAKAN! Sampai kami tidak perasan yang semakin hari berat badan kami naik hingga 100kg ke atas. 

Selesai sahaja daftarkan saya dan dia, saya jumpa dia dan cakap saya nak masuk JK1M sebab nak kurus. Mula-mula dia gembira sebab saya mahu sertai program ini. Dalam hati saya, “amboi dia tak tahu lagi yang dia kena masuk juga, hehehehe” Kemudian, saya beritahu dia, saya sudah daftarkan dia sekali, terkejut dia. Terus cakap, “Eh, buat apa awak masukkan saya?, Saya okay je…Mana ada saya gemuk..”

Bermulalah negosiasi saya dengan dia, saya cakap kalau awak tidak mahu sertai, bayar semula yuran pendaftaran dua kali ganda bersama yuran pendaftaran saya. Huhuhu, dengan pasrahnya, dia ikut sahaja. Jadi, bermulah perjalanan kami mengurangkan berat badan ini. Mula-mula dia tidak serius, hadir ke sesi latihan kerana mahu sokong saya sahaja. 

Masa kami sertai JK1M#1, hanya kami berdua sahaja yang tahu. Tiada seorang pun ahli keluarga saya tahu. Yang kelakarnya ketika program baru bermula, alih-alih keluarga mertua datang merisik, katanya mahu kahwinkan kami. Aiks.. macam tahu-tahu je kami masuk program Jom Kurus ini. Namun tetapi saya minta dijadualkan pada bulan 5.. Mana tidaknya ilmu nak kuruskan badan belum lagi habis belajar dah sibuk nak kahwin.

Atas faktor inilah, bakal suami saya mula serius mahu kurus badan ini bersama. Mula-mula dia main-main je, sebelum tu saya kawal pemakanan dia sampai dia stress dan keluar ayat “awak tak suka suami yang gemuk ke?” Saya jadi geram saya tukar strategi, apabila saya makan, saya makan sedikit, lebihnya saya suruh dia habiskan. Apabila saya makan di luar saya pesan makanan macam-macam, tetapi saya suruh dia habiskan. Hingga suatu hari, dia beritahu saya, awak nak saya mati cepat ke? Jawab saya, “bukan saya nak awak mati, tapi sebab saya sayangkan awak dan saya tak mahu awak sakit macam saya, kemudian, waktu kahwin nanti, nak ke, orang tengok dan cakap, eh, pengantin perempuan, kurus, pengantin lelaki ‘besar’, malu tak?” Sejak itu, dia serius berubah dan kami bergerak bersama-sama.

Pelbagai dugaan yang datang masa sertai JK1M#1 ini. Apa tidaknya semuanya kena ubah dan berkorban terutamanya ubah gaya hidup, ubah cara pemakanan, banyak korban duit (sebab beli jam suunto untuk 2 orang – beli untuk naikkan semangat dia. heheh), korban tenaga dan paling penting korbankan LEMAK! Ini bahagian yang paling tough!

Selain senaman dan jaga makan, kami juga sudah mula pergi fitting untuk baju kahwin. Apabila badan besar, mana ada baju ready-made, jadi mahu tidak mahu kena buat baru. Kali pertama fitting, saiz pinggang saya 39 inci. Tetapi oleh kerana kami ini semakin hari semakin kecil, apabila buat FINAL fitting, jeng-jeng.. Geleng-geleng kepala mak andam. Sebab apa? Sebab mak andam pening nak alter baju saya. Mana tidaknya, saiz pinggang jadi 29 inci! Manakala pasangan saya dari baju nikah XXL kena la tukar jadi saiz L! Selalunya mak andam akan pesan jangan GEMUK lagi, tetapi kali ini mak andam saya pesan "tolonglah jangan kurus lagi" dah tak tahu macam mana nak alter baju.. 

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas selama masa 4 bulan dan saling memberi motivasi antara satu sama lain, kami berubah menjadi orang baru. Saya berjaya kurangkan 36kg dan suami saya berjaya kurangkan 25kg. Mahu tahu apa rahsianya? Ini tip saya.

1. Set minda atau objektif kenapa anda nak berubah? Adakah sebab nak kurus? Adakah sebab kesihatan? Adakah sebab orang lain? Adakah sebab tidak mahu menyusahkan keluarga di kemudian hari?

2. Usaha dan cari jalan bagaimana anda ingin berubah? Jangan hanya set objektif tapi tiada usaha untuk berubah. Anda juga perlu bijak memilih jalan untuk berubah supaya tidak tersalah langkah & akhirnya memudaratkan diri sendiri. Cari platform yang sesuai untuk orang-orang yang besar supaya anda tidak rasa rendah diri sebagai contoh sertai program Jom Kurus 1 Malaysia!  

3. Perlu ada disiplin diri, tegas dan konsisten. Jika tiada disiplin, sudah pasti anda akan tenggelam semula bersama objektif. Perlu tegas dengan diri sendiri supaya anda tidak terlalu mudah percaya dengan produk-produk atau jalan pintas untuk kuruskan badan. Konsisten dengan apa yang anda lakukan sebagai contoh jangan mulakan hari pertama sahaja makan makanan sihat selepas hari kedua anda hanyut semula kepada cara gaya hidup lama.

4. Rajin. Anda perlu rajin untuk mencari atau belajar masak makanan yang sihat atau anda akan berterusan makan makanan yang penuh dengan perisa tambahan dan bergaram tinggi. Selain itu, anda perlu rajin luangkan masa untuk bersenam walaupun hanya 30 minit sahaja.

5. Positifkan diri. Jadikan segala kritikan negatif terhadap diri anda kepada positif. Jangan terlalu mudah kecewa atau terasa hati atau putus asa dengan orang sekeliling. Kuatkan diri supaya anda boleh tunjukkan kepada mereka bahawa apa anggapan mereka adalah salah sama sekali. Yakin yang anda boleh lakukannya. Anda boleh cari orang-orang yang boleh menginspirasikan anda untuk menguatkan mental anda.

Jadi, adakah #azam2016 anda adalah #azamkurus2016 ? Sekiranya YA dan sudah bersedia untuk berubah, cadangan saya, sertailah JK1M. Kenapa JK1M?
1. Platform ini membuatkan saya lebih berkeyakinan untuk orang-orang yang GEMUK seperti saya untuk berubah. Ini kerana seperti yang anda tahu orang GEMUK ini malu untuk ke hadapan atau belajar cara hendak kuruskan badan dan akan rasa rendah diri serta menyendiri kerana mempunyai badan paling gemuk antara kawan-kawan. 
2. JK1M mengajar saya tentang cara senaman dan pemakanan yang betul 
3. Ebook & video dari blog kevinzahri.com yang diberikan secara percuma apabila menyertai JK1M juga membuatkan saya tertarik untuk saya sertai program ini.
4. Banyak success story yang menjadi sumber inspirasi kepada orang-orang yang GEMUK seperti saya. 
Jadi sekiranya anda merasakan JK1M sebagai salah pilihan untuk membantu anda berubah, layari cabaranjomkurus.com dan ayuh kita mulakan #azamkurus2016 bermula 16 Januari nanti. 

Semoga bermanfaat.

2 comments:

paridah said...

kurus yg sht oklah tu..

Siti Yang Menaip said...

bestnyaaa sehati sejiwa =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...