Sunday, 16 August 2015

Bicara Rezeki

Assalamualaikum wbt,


Apa khabar semua? Alhamdulillah, semoga semuanya sihat-sihat belaka. Wawa doakan kalian yang sudi singgah diblog wawa ini dikurniakan kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah.Ameen..

Kesihatan yang baik adalah rezeki.
Wang yang banyak adalah rezeki.
Anak yang ramai juga rezeki.
Buah dusun yang merimbun rezeki.
Ibu ayah yang sihat itu rezeki.
Badan yang kuat itu rezeki.
Badan sihat dan ceria itu rezeki.
Suami yang kaya itu rezeki.
Isteri yang solehah itu rezeki.
Anak yang soleh dan solehah juga rezeki.
Anak hafiz dan hafizah bertambah rezeki.
Hidup yang tenang juga rezeki.
Mata yang boleh melihat adalah rezeki.
Tangan juga rezeki.
Kaki juga rezeki.
Hidung, mulut, telinga dan seluruh tubuh adalah rezeki.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Tak terhitung nikmat rezeki yang Allah bagi. Syukurlah wahai sahabat.

Janji Allah,

“Barang siapa mensyukuri nikmat-Ku, maka akan Ku tambahkan nikmat baginya. Dan 
barangsiapa kufur terhadap nikmatKu, sesungguhnya adzab-Ku amat pedih.” (Q.S. Ibrahim : 7)


Terima kasih sudi baca..")

4 comments:

aeinna Musa said...

Makna rezeki sgt luas kan..jgn nampak duit je;)

Tq for sharing wawa

Mardiah Diana said...

salam singgah sini puan wawa...apa yang telah di anugerahkan kepada kita semua adalah rezeki....

Puan Wawa said...

Betul tu..sme2 ena..

Puan Wawa said...

Ye betul tu diana..")

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...