Assalamualaikum wbt,

Ramai yang tidak sedar bahawa dalam penjagaan kulit wajah ada perkara yang perlu kita buat dan elak. Ini kerana tabiat penjagaan kulit wajah yang salah boleh menyebabkan kerosakan pada kulit kita sendiri, antaranya boleh menyebabkan kulit rosak, kusam, muncul jerawat malah ada yang lebih teruk lagi kulit mula kelihatan berjeragat dan tidak sihat.

5 Pantang Larang Penjagaan Kulit Wajah

5 Pantang Larang Penjagaan Kulit Wajah


Ada lima perkara yang perlu anda elakkan iaitu pantang larang dalam penjagaan kulit wajah supaya kulit anda kelihatan sihat, cantik dan berseri sentiasa. Anda boleh lihat lima perkara dibawah, adakah anda melakukan pantang larang dalam penjagaan kulit wajah ini.

1. Dilarang Tidur Dengan Solekan Di Wajah

Membiarkan kulit ‘diperap’ dengan solekan, ditambah pula kehadiran kekotoran dan minyak yang terkumpul sepanjang hari di wajah, boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan kulit menjadi kusam. Cuci segera dengan menggunakan minyak pembersih yang baik untuk menanggalkan kesan solekan secara mendalam. Penggunaan pencuci wajah yang mempunyai oil base lebih membantu menghilangkan kotoran dari kesan solekan dengan berkesan.

2. Dilarang Mencuci Muka dengan Air Panas atau Sejuk

Jika air panas boleh menghilangkan minyak semulajadi pada kulit dan menyebabkan kerengsaan, air sejuk pula boleh mengetatkan pori-pori, memerangkap bakteria dan kekotoran. Bersihkan muka anda dengan air suam pada suhu kira-kira 30 darjah Celsius - hampir sama dengan suhu kulit yang normal. Lengkapkan rutin anda dengan penyegar dan pelembap.

3. Tidak Cukup Tidur

Kulit anda membina semula kolagen dan memulihkan kerosakan akibat pendedahan kepada sinaran UV, ketika anda tidur. Manjakan kulit anda dengan krim malam yang melembapkan dan kulit dapat rehat dengan secukupnya. Penggunaan krim malam yang dapat menggalakkan penghasilan sel kulit baru dengan lebih cepat membantu anda mendapatkan kulit yang sihat.

4. Tidak Memakai Perlindungan Matahari

Perlindungan matahari amat penting dalam mencegah penuaan yang disebabkan cahaya matahari, pigmentasi, kedutan, dan kekeringan. Ingat - sapukan krim pelindung matahari berspektrum luas yang dapat melindungi kulit wajah dari sinaran matahari dalam jangka masa yang panjang. Krim pelindung matahari yang mempunyai SPF-50 dapat melindungi kulit anda selama lapan jam.

5. Dilarang Menggosok Mata

Tindakan menggosok mata boleh mencederakan salur darah yang halus, menyebabkan kulit sekeliling mata menjadi gelap, kusam, dan tebal. Urutan lembut krim mata membantu menyegar dan memberi tenaga untuk mendapat mata yang kelihatan muda. 

Jika anda sering melakukan pantang larang ini dalam penjagaan kulit wajah seharian, perlulah berhenti segera supaya kulit wajah anda tidak mengalami kerosakan, penuaan dan kekusaman.