Assalamualaikum wbt,

Kad ATM Maybank expired? Rosak? Atau sudah sampai masa nak expired. Malas nak pergi Maybank branch? Jangan risau, sekarang ini semuanya dihujung jari. Tahukah anda, semua masalah ini boleh diselesaikan secara online sahaja. 

Jom, saya bantu anda tukar kad ATM Maybank expired secara atas talian menggunakan maybank2u sahaja. 

Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Expired Dengan Maybank2u

Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Expired Secara Online

Pertama sekali anda perlu melayari maybank2u.com menggunakan telefon pintar sahaja. 

Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Expired Secara Online

Langkah kedua, klik bahagian atas kanan berbentuk orang dan klik bahagian setting. Lihat langkah seterusnya dibawah. 

                                Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Expired Secara Online



Langkah ketiga, klik manage debit card dan akan terpapar kotak berwarna hitam. Pilih manage debit cards. Kemudian langkah keempat, pilih Debit Card - Replace, Activate & Block. Pilih item debit card dan akan keluar alamat untuk poskan debit card. Pastikan alamat yang betul.

Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Expired Secara Online
Langkah kelima, klik pada bahagian titik tiga card details dan pilih Replace Card untuk langkah seterusnya. 
Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Expired Secara Online


Langkah seterusnya untuk menukar kad atm maybank yang expired dengan mudah, anda perlu masukkan alamat anda yang betul supaya kad sampai kepada anda. Seterusnya masukkan no TAC dan klik confirm. Dah siap, tunggu sehingga kad anda sampai dan perlu diaktifkan secara online juga. Nantikan post seterusnya untuk tahu cara aktifkan kad atm baru anda secara dalam talian.

Semoga bermanfaat.